Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cili Jeruk Yang Sedap, Rangup Dan Tahan Lama. Penambah Selera Makanan!

0 130

Cuti hujung minggu masak simple macam bihun goreng atau mee goreng pun dah sedap dah kan. Tapi kalau dapat makan dengan cili jeruk lagi sedap. Ni haaa, resepi cili jeruk yang sedap, rangup dan tahan lama. Boleh try buat guna resepi ni.

Nak buat cili jeruk ni mudah je. Hanya perlu guna 4 bahan sahaja iaitu cili hijau, gula, cuka dan garam. Boleh buat banyak-banyak dan simpan stok dalam peti. Cili jeruk ni boleh jadi penyedap makanan ye. 

Makan chat kuey teow takde cili jeruk memang tak sedap. Nak makan bihun ke, ikan goreng ke. Boleh je layan dengan cili jeruk ni. Rasa masam, manis dan pedas lengkap dalam cili jeruk ni. Confirm korang suka. 

Resepi cili jeruk yang paling sedap ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Cheyah Saripuddin. Sangat mudah nak buat. Masuk kat mulut pun krup krap krup krap bunyinya.

Cili jeruk ni lagi lama simpan, lagi sedap. Korang yang dah biasa makan cili jeruk ni mesti ketagih nak makan lagi. Tu yang lagi elok korang buat stok sendiri kat rumah. Boleh makan dengan macam-macam hidangan.

 

RESEPI CILI JERUK YANG SEDAP, RANGUP DAN TAHAN LAMA

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan cili jeruk ni. Step penyediaannya seperti dibawah. Follow sebijik-sebijik confirm menjadi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1/2 cawan gula
  • 2/3 cawan cuka
  • Cili hijau
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN CILI JERUK YANG SEDAP, RANGUP DAN TAHAN LAMA :

▶️ Mula-mula, basuh cili hijau dan toskan.

▶️ Potong mengikut keselesaan dan cara masing-masing. Tak perlu basuh lagi kalau dah potong.

▶️ Masukkan gula agak je dalam 1/2 cawan dan secubit garam. Baru masukkan 2/3 cawan cuka.

▶️ Panaskan sehingga semua cair dan sebati.

▶️ Biarkan ia sejuk dulu, baru masukkan ke dalam bekas cili dan kacau sebati.

▶️ Simpan dalam bekas tertutup selama tiga malam sebelum dimakan.

▶️ Tadaaa dah siap. Sedia untuk dimakan.

▶️ Selepas tiga malam baru berubah warna dan sebati.

 

BACA JUGA : Resepi Murtabak Meggi Cheese Paling Sedap. Lagi Sedap Dari Beli Kat Pasar Malam!

 

Ni nota untuk korang. Nak tambah keragupan cili jeruk ni boleh rendam dengan air kapur dulu sebelum masukkan cuka. Tekstur cili lebih rangup. Tapi tak rendam dengan kapur pun boleh je. Ada orang tak suka bau kapur ni. 

After jeruk 3 hari, warna cili pun dah berubah. Lagi lama simpan, lagi sedap jeruk ni. Lepas ni nak masak char kuey teow kat rumah je pun boleh. Layan dengan cili jeruk ni. Confirm terangkat dibuatnya! 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Cheyah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi cili jeruk yang sedap, rangup dan tahan lama ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open