Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Goreng Serai Thai Atau Fried Chicken Lemongrass Thai Yang Paling Sedap. Anda Wajib Cuba!

0 612

Siapa kat sini penggemar masakan Thailand? Apa kata kita cuba resepi ayam goreng serai Thai yang sedap ini. Hidangan ini menggunakan isi ayam dan serai sebagai bahan utamanya. Sesuai juga dimatchkan dengan sayur kailan belacan dan telur mata.

Isi ayam akan dipotong kecil dan diperap sekurang-kurangnya selama 30 minit dengan bahan perapan dan digoreng sehingga kekuningan. Bahan perapan tadi telah dicampurkan dengan serai yang ditumbuk hancur.

Serai akan di tumbuk menggunakan batu lesung sehingga hancur dan disatukan dengan bahan perapan yang lainnya. Masih menggunakan teknik menumbuk tradisional untuk mendapatkan rasa yang unik dalam masakan.

Bila ayam digoreng, aroma serai yang ditumbuk tadi telah naik. Dan baunya sangat wangi, terus rasa tak sabar nak makan. Tekstur ayam juga akan menjadi garing dan serai yang dicampur dalam bahan perapan tadi akan menjadi serdak.

Serdak yang terhasil tadi boleh digaul dengan nasi putih ketika dimakan. Sedap sangat! Apa kata kita ikuti perkongsian resepi ayam goreng serai Thai yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah. Tentu ramai yang nak mencubanya kan.

 

RESEPI AYAM GORENG SERAI THAI

Apa saja hidangan Thai, semestinya menjadi kesukaan ramai. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 500 gram isi ayam dipotong kecil (dicuci bersih)
  • 2 batang serai (dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan batu lesung)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 5 helai daun limau purut (dihiris) *

 

Bahan ditumbuk/ dikisar halus tanpa air :
  • 2 pokok akar ketumbar
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 5 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG SERAI THAI :

▶️ Sediakan mangkuk atau bekas. Masukkan ayam, kesemua bahan perapan dan bahan yang dikisar halus tadi kecuali daun limau purut.

▶️ Gaul sebati dan perapkan selama 30 minit.

▶️ Panaskan minyak, agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.

▶️ Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.

▶️ Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan kedalam bekas.

▶️ Taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi dan ratakan ayam bersama daun limau purut. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Buko Pandan Filipina Yang Lemak, Manis Dan Berkrim. Enak Sungguh Dinikmati Ketika Musim Panas!

 

Mudahkan! Selepas sahaja perkongsian beliau di Facebook, ramai yang meninggalkan tanda ‘like’ pada resepi ini. Sebanyak 6.5k share yang kita dapat lihat. Dan ini menunjukkan penggemar masakan Thai sangatlah ramai.

Yang dah bosan dengan ayam goreng biasa, apa kata kita cuba resepi ayam goreng serai Thai ini pula. Anak-anak pun tentu suka. Dan mudah juga untuk mereka makan kerana resepi ini hanya menggunakan isi ayam sahaja.

Kepada semua penggemar masakan Thai yang dah rindu nak makan kat kedai siam, apa kata follow salah satu resepi Thai disini. Semoga resepi ayam goreng serai Thai ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open