Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Blueberry Cheesecake Sedap Tak Muak! Teruja Kek Menjadi Dengan Follow Resepi Mudah!

0 3,808

Setiap kali sambut birthday, mesti akan request blueberry cheesecake yang sedap ni. Tapi kek ni sesuai untuk yang gemarkan cheese sebab gunakan cheese yang banyak. Tapi rasa blend sebab ada blueberry dekat bahagian atas.

Ramai yang jual kek blueberry cheese ni, sebab rasa dia yang sedap dan tak cepat muak. Bukan untuk birthday je, nak makan saja-saje waktu petang pun sesuai sangat lah.

Kos nak buat blueberry cheesecake ni tak murah sangat tapi berbaloi untuk dinikmati satu family. Nak makan biarkan baru keluar dari peti lagi sedap!

Bila jumpa resepi Cik Puan Ariana Sofia Ahmad ni, nampak macam berselera pulak kek yang dihasilkannya tu. Tak sabar nak buat sendiri follow resepi yang dikongsikan ni.

 

BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 150 gm biskut marie
  • 80 gm butter
  • 500 gm cream cheese
  • 120g gula halus
  • 1 ½ sudu besar air lemon
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 350 gm whipping cream
  • 2 sudu besar gelatin
  • 40 ml air panas
  • 200 gm blueberry
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 40 gm gula halus

CARA PENYEDIAAN BLUEBERRY CHEESECAKE :

▶ Untuk bahagian lapisan bawah, mula-mula sekali kita cairkan butter. Kemudian sejukkan seketika.

▶ Sementara nak tunggu butter kita cair, kisar hancur biskut marie hingga hancur.

▶ Kalau taka da pengisar, boleh tumbuk-tumbuk pun boleh.  Pastikan tumbuk bagi hancur.

▶ Biskut dah hancur, butter dah cair gabungkan dua bahan ni dan gaul sebati.

▶ Bila semua dah sebati, masukkan dalam springform. Lapikkan dengan baking paper. Tapi kalau tak nak letak pun boleh.

▶ Tekan bagi padat. Ratakan semua bahagian. Bila dah siap, masukkan dalam freezer selama 30 minit supaya keras.

▶ Untuk buat bahagian cheesecake nya pula. Masukkan gelatin dalam air panas dan kacau laju-laju sebati.

▶ Bila dah sebati, ketepikan dulu. Letak gelatin dalam cheeseacake supaya cheesecake kita ni jadi pejal dan lembut seperti jeli.

BACA JUGA: Ajar Cara Buat Kek Red Velvet Sedap Dan Tak Muak. Resepi Sis Ni Bantu Ramai Orang Buat Jualan!

▶ Ambil whipping cream pula dan pukul hingga kental. Pakai whisk tangan je. Nak guna mixer pun boleh tapi jangan terlalu lama atau terlalu kuat.

▶ Jika terlalu lama, nanti whipping cream kita berketul pulak dan jadi keluar air.

▶ Dalam bekas lain, pukul creamcheese. Bila dah lembut, masukkan gula dan pukul lagi. Boleh gunakan mixer.

▶ Masukkan gelatin yang kita bancuh tadi, kalau dah keras, panaskan guna microwave atau double boil.

▶ Kemudian, masukkan jus lemon dan yogurt. Pukul semua bahan sampai sekata.

▶ Dah sekata, masukkan whipping cream dan kaup balikkan sampai semua sebati.

▶ Seterusnya masukkan bahan adunan dalam springform yang kita letak biskut tadi. Tuang semua dan ratakan bahagian atas bag ilicin.

▶ Goyang-goyangkan acuan supaya adunan kita padat dan manpat. Sejukkan dalam peti ais selama 8-9 jam.

▶ Bila cheesecake dah disimpan semalaman, barulah kita boleh masak blueberrynya pula.

▶ Masak blueberry dengan gula dan ais jus lemon. Masak dengan api yang perlahan sahaja.

▶ Air blueberry ni akan keluar sendiri. Masak sehingga pekat dan lenyekkankan sedikit. Masak jangan sampai terlampau hancur dan biarkan ada tekstur buahnya tu.

▶Keluarkan cheesecake kita dari acuan. Dan letakkan blueberry di tengah-tengah kek.  Terpulang kepada kita nak hias macam mana.

Betul-betul berselera pulak bila nampak kek blueberry ni. Tak sangka jugak nak buat pun tak susah mana kan. Bagus lah mereka yang kongsikan resepi kek macam ni dengan jelas dan lengkap step by step. Mudah kita nak follow.

Kalau nak follow resepi ni untuk buka jualan pun boleh. Sambil tu doakan pemilik resepi ni dimurahkan rezeki ya. Dan jangan lupa sharekan dekat facebook ye. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open