Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Simple Buat German Cookies. Bakar Tapi Gunakan Periuk Kukus!
Dalam banyak-banyak cookies, sedap kan dapat makan cookies yang lembut dan cair je dalam mulut. Macam tu lah rasa bila makan german cookies ni. Tak tahulah apa nama sebenarnya, tapi dekat sini orang panggil biskut Jerman.
Kemungkinan kerana cookies ni berasal atau biasanya ada dekat Jerman kot. Jadi ada yang pernah tinggal di sana balik ke Malaysia dan kongsikan resepi nak buat cookies tu di sini.
Hanya menggunakan 4 bahan sahaja boleh hasilkan resepi german cookies ni. Bahan mudah nak dapat, senang nak buat dan rasa pun marvellous!
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Hamidah ni pernah viral tau. mendapat lebih kurang 16 ribu perkongsian. Ramai juga nak cuba rasa cookies jerman ni. Sudah tentu sedap kan.
Kalau nak pelbagaikan jenis-jenis cookies boleh cuba masukkan german cookies ni dalam senarai kita untuk dibuat nanti.
RESEPI GERMAN COOKIES
Yang mana tak berkesempatan nak buat, boleh buat nanti bila ada masa. Simpan dulu di wall supaya senang nanti nak scroll bila berkelapangan.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 250 gram butter
- 160 gram tepung gandum
- 250 gram potato starch ( tepung kentang)
- 80 gram gula icing
CARA PENYEDIAAN GERMAN COOKIES :
▶ Mula-mula sekali, pukul butter dengan gula icing sampai kembang. Boleh pukul pakai beater atau mixer. Yang penting pastikan ianya kembang.
▶ Bila adunan dah kembang, ayak tepung gandum dan tepung kentang ke dalam adunan.
▶ Gaul supaya sekata dan menjadi doh yang lembut.
▶ Paling penting sampai doh tak melekat sangat di tangan. Doh ni memang akan lembik sikit.
▶ Rehatkan sekejap dalam peti ais salama 20 minit. Dah cukup masa, ambil sedikit dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
▶ Celupkan garfu dalam air, dan tekan adunan hingga sedikit leper.
▶ Letakkan manik supaya nampak lebih berseri.
▶ Panaskan oven dengan suhu 170’c. Bakar cookies selama 15 minit. Saya bakar menggunakan periuk kukus. Gunakan api kecil bakar selama 15-20 minit. Kena kerap tengok risau hangus.
▶ Dalam periuk kukus tu tak perlu letak air. Letak kaki tiga untuk tinggikan. kemudian letak loyang di atasnya. Pastikan guna api slow sahaja.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Daging Goreng Mermite Sos. Beli Sos Dekat Eco Pun Ada!
Waah! Mudah sangat rupanya nak buat german cookies ni. Ada juga yang kongsikan masukkan dalam acuan samperit dan tekan. Hiaskan ikut kreativiti supaya nampak lebih menarik.
Cookies ni bila dia baru masak, dia akan lembik sikit tau. Biarkan dia sejuk sekejap, dah rangup boleh masukkan dalam bekas kedap udara. InsyaAllah sekejap je tu habis. Sedap betul makan sambil tengok tv.
Yang penting dan seronok sekali, bila kita dapat buat german cookies ni menjadi walaupun baru 1st time nak cuba buat. Jangan lupa cuba ya!