Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Roti Marble Guna Sukatan Cawan. Cantik Dan Sedap Sangat Kejadiannya. Wajib Try!

0 1,290

Beli roti untuk makan setiap pagi sebelum pergi kerja. Tapi asyik tak rempat je. Sampailah roti tu dah nak expired. Sebelum expired, hujung minggu kalau ada masa bolehlah korang buat resepi puding roti marble. Makan sejuk-sejuk sedap tau. Follow je resepinya di sini.

Puding roti ni ada macam-macam jenis dan macam-macam rasa. Setiap jenis puding roti tu ada rasa enaknya yang tersendiri. Biasanya kita makan kek marble je kan, tapi puding marble pun dah ada tau sekarang ni. Cantik je kejadiannya. Nak letak warna apa pun boleh.

Puding marble ni akan di buat menggunakan agar-agar. Sebab tu teksturnya cantik dan licin je. Sesuai di jadikan hidangan atau pemanis mulut buat tetamu yang datang ke rumah atau untuk majlis-majlis keramaian. Puding ni bila dah siap, kena letak dalam peti bagi sejuk tau. Dah sejuk baru syok nak makan nanti.

Nak mudah buat puding marble ni, korang boleh je follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurha Muhammad melalui laman Facebooknya. Save siap-siap! Esok-esok nak buat korang follow je resepi yang beliau share ni. Confirm menjadi! yang penting ikut tips yang beliau bagi ok.

Antara tips untuk elak adunan membeku ketika melapis adalah masukkan adunan coklat dalam periuk lain. Dan kedua-dua periuk adunan tu dipanaskn di atas api kecil ketika proses melapis dilakukan. Sekiranya adunan membeku/bergumpal tambahkan sedikit air panas & kacau rata.

 

RESEPI PUDING ROTI MARBLE 

Guna bekas segi empat sama untuk marble yang lebih cantik. Time nak memarble tu tak perlu tekan adunan. Letakkan sesenduk ditengah-tengah bekas nanti adunan tu sendiri akan rata. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang di perlukan di bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 180ml susu cair
  • 10g serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 -3 sudu besar serbuk koko (guna jenama van houten dan bancuh dengan air panas dahulu)

CARA PENYEDIAAN RESEPI PUDING ROTI MARBLE :

▶️ Campurkan 3 cwn air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk. Kacau rata & didihkan sehingga agar-agar larut & tak berkentul-ketul.

▶️ Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didihkan tadi.

▶️ Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.

▶️ Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan pula masukkan serbuk koko.

▶️ Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal, kemudian sesenduk lagi adunan coklat.

▶️ Ulang hingga habis! ketika melapis atau memarblekan hendaklah dengan cepat sebab puding atau agar-agar ni mudah sejuk atau membeku.

▶️ Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Kerapu Masak 3 Rasa Yang Paling Sedap. Yang Suka Pedas, Korang Boleh Try Resepi Ni. Memang Pedas Padu!

 

Siap untuk dihidang! Fuh, puding roti ni memang tak rugi korang buat. Make sure, lepas ni kalau ada roti dah nak expired tu korang buat je puding roti macam ni. Simpan dalam peti tau, tahan sikit. Nak makan tinggal ambil je. Wajib makan dalam keadaan sejuk!

Korang nak guna apa je brand roti pun tak kisah. Janji roti keping. Yang tak pandai nak baking atau nak buat kuih pun boleh buat puding ni. Sebab sukatan yang di gunakan hanya menggunakan sukatan cawan. Tak renyah untuk korang yang baru first time nak cuba.

Ribuan terima kasih di ucapakan kepada Cik Puan Nurha Muhammad kerana sudi berkongsi resepi puding roti marble yang mudah, cantik dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open