Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sambal Geprek Paling Ringkas. Sesuai Makan Dengan Pelbagai Masakan!
Kalau makan nasi tidak ada sambal memang tidak sah lah kata orang. Setiap kali hidangan baik tengah hari atau malam wajib ada sambal sebagai penyedap makanan. Salah satu sambal yang paling saya suka ialah sambal geprek.
Sebenarnya tak susah pun nak buat sambal geprek ni. Bila dah siap tu, boleh makan dengan apa-apa makanan sekali pun. Ayam goreng boleh, ikan goreng pun sesuai. Nak buat nasi goreng pun layanz!
Pernah kan dengar ada yang jual set nasi ayam gesek lah, set nasi 3 budak gemuk, ayam penyet. Kebanyakannya punya sambal tersendiri yang dipadankan dengan nasi dan lauk yang dihidangkan.
Samalah juga dengan sambal geprek ni. Antara sambal yang mudah nak buat. Dan rasanya yang sedap. Kadang-kadang bahan yang digunakan sama je. Namun berbeza pada cara pembuatan. Lain sambal lain rasanya.
Kali ni, saya nak kongsikan macam mana nak hasilkan sambal geprek menerusi perkongsian daripada Cik Puan Zara Zahara di Group Masak Apa hari Ini ( MAHN). Terima kasih kerana sudi kongsikan resepi yang bermanfaat ini.
RESEPI SAMBAL GEPREK PALING RINGKAS
Nak buat sambal geprek pun ada beberapa versi. Namun cara yang saya kongsikan ini adalah cara yang paling ringkas dan simple. Follow resepi ini insyaAlllah menjadi!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Cili Api Hijau
- Cili Api Merah
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji air perahan limau
- Gula
- Garam
- Ajinomoto
- Belacan
CARA PENYEDIAAN SAMBAL GEPREK :
▶ Satukan bawang besar, bawang putih, cili api merah dan cili api putih dalam mesin pengisar da kisar sampai hancur tapi tidak terlalu lumat.
▶ Sebaiknya bia ada tekstur serpihan cili padi yang kita gunakan.
▶ Kemudian panaskan minyak. Anggaran dalam 1 senduk.
▶ Tuang bahan kisar dan masak sampai pecah minyak.
▶ Seterusnya, masukkan bahan perasa gula, garam, ajinomoti, belacan dan juga air perahan limau nipis. Kacau semua bahan bagi sebati.
▶ Untuk lebih sedap, gunakan belacan yang sudah dibakar. Bau dia lebih wnagi dan rasa lebih sedap.
▶ Teruskan tumis sambal sampai pecah minyak dan sambal jadi kering
▶ Tak perlu tambah apa-apa air ye semasa proses masak sambal ni.
▶ Dah pecah minyak dan kering, rasa. Rasa dah okay boleh padamkan appi.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Spaghetti Carbona Versi Tekak Melayu. Makan Banyak Pun Comfirm Tak Muak!
Fuuh! Kalau dapat makan sambal geprek ni dengan ayam goreng dan nasi panas, silap-silap bertambah nasi dibuatnya. Kalau sambal gesek, caranya sedikit berbeza. Semua bahan akan digoreng terlebih dahulu. Kemudian baru kisar atau gesek menggunakan kayu giling sehingga hancur dan sedia dimakan.
Untuk yang tak rajin nak buat sambal ni banyak kali, boleh double atau gandakan portion di atas. Buat banyak-banyak dan simpakan dalam peti. Bila nak makan boleh panaskan sekejap. Jadi, ada baiknya ketika masak biarkan minyak berlebihan tidak mudah rosak.
Simpan dulu perkongsian cara buat sambal geprek ni sekiranay korang tak dapat nak buat sekarang. Simpan dan sharekan di wall supaya mudah korang nak buat bila berkesempatan nanti. Semoga resepi ini bermanfaat buat korang semua. Selamat mencuba!