Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Siput Warisan Dari Bonda! Ralit Makan Sampai Habis Sebalang.
Zaman korang pernah makan kuih siput legend ni? Haa, kalau pernah mesti tahu kan cara nak buat dia. Ada setengah tempat panggil ni kuih siput tenyeh. Sebab cara nak buat kuih siput ni memang tenyeh-tenyeh je dah siap.
Kuih siput ni bahan adunan kena sedap. Sebab memang memberi kesan kalau aduna tak menjadi, tak sedap kuih siput yang digoreng nanti pun akan jadi tak sedap. Bau wangi kuih siput ni memang tak boleh tahan.
Lagi banyak daun kari digunakan lagilah sedap. Goreng daun kari tu bersama kuih siput memang kekal bau dia. Melekat! Biasanya dulu kuih macam ni memang jumpa waktu raya je.
Zaman sekarang ni je kalau perasan kuih raya dimakan sepanjang masa. Tidak hanya pada hari raya macam dulu-dulu. Ada juga yang buat kuih siput ni sebagai jualan. Alhamdulillah ada rezeki masing-masing yang dikongsikan.
Menerusi resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ummu Hana ni, beliau pun biasanya buat kuih siput lejen ni pada hari raya je. Dan buat banyak-banyak simpan dalam balang. Selain raya, makan sambil tengok tv pun layans.
RESEPI KUIH SIPUT LEGEND
Kuih siput tenyeh ni sejenis makanan kudapan yang seangkatan dengan kacang botak, maruku dan sebagainya. Dia bukanlah kuih seperti mana kuih raya yang bias akita makan tu. Sebab itu lah kuih siput ni boleh jadi bahan kudapan kita.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 500 garam tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- 1 sudu besar serbuk rempah kari
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- 150 ml air
- 10 tangkai daun kari
CARA PENYEDIAAN KUIH SIPUT LEGEND :
▶ Mula-mula sekali, cairkan marjerin dan sejukkan seketika.
▶ Gaulkan tepung gandum dengan rempah kari, serbuk cili, garam dan juga gula.
▶ Seterusnya, tuang marjerin cair tadi sedeikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Pasikan marjerin sebati dengan tepung.
▶ Kemudian, masukkan hirisan daun kari. Daripada 10 tangkai tu jangan hiris halus semua. Asingkan sedikit untuk digoreng bersama nanti.
▶ Pukul telur, dan tuang dalam adunan tepung berselang seli dengan air. Gaulkan sampai menjadi doh yang lembut. Jika masih keras, tambah sedikit air.
▶ Rehatkan doh sekejap.
▶ Ambil dulang, tabur tepung di atasnya. Menggunakan acuan kuih siput, ambik sedikit doh, dan tenyeh sehingga menjadi bentuk siput. Biarkan siput tersebut atas dulang dulu sebelum digoreng.
▶ Panaskan minyak yang banyak. Goreng siput bersama daun kari. Goreng sehingga kuih siput kita bertukar warna kekuningan.
▶ Warna dah bertukar, angkat dan toskan minyak.
▶ Sejukkan dan sedia untuk dimakan.
BACA JUGA: Cara Buat Sambal Geprek Paling Ringkas. Sesuai Makan Dengan Pelbagai Masakan!
Kuih siput ni tidak boleh makan sewaktu ianya masih panas. Sebab ia akan mula rangup bila dah sejuk sedikit. Sebab itulah kena sejukkan dulu, baru simpan dalam balang.
Bila kuih siput ni digoreng, memang akan serap banyak minyak. Oleh itu, ketika toskan minayk tersebut, letakkan kuih siput di atas tisu supaya minyak yang terserap keluar.
Simple dan mudah je kan nak buat kuih siput lejen ni. Semua orang boleh buat tau. asalkan ikut resepi yang betul, dan ada acuannya. Kepada yang nak mencuba, saya ucapkan selamat mencuba!