Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Spaghetti Carbona Versi Tekak Melayu. Makan Banyak Pun Comfirm Tak Muak!
Kalau sebut spaghetti, apa yang terlintas ada tiga jenis sahaja. Sama ada spaghetii Bolognese, spaghetti oglio dan spaghetti carbonara. Ketiga-tiganya sedap dan kalau makan sudah pasti bertambah.
Masakan spaghetti ni kebiasaannya dimakan pada maktu malam menggantikan nasi. Tapi boleh je nak makan waktu bila pun terutama ketika kita keluar makan di kedai luar.
Kalau anak-anak minta nak makan spaghetti, sellaunya spaghetti carbonara yang jadi pilihan sebab rasa yang tidak pedas dan creamy. Dicampurkan pulak dengan rasa sup cendawan, menjadikan spaghetti kita memang awesome!
Dalam perkongsian kali ni, saya nak sharekan resepi daripada Cik Puan Ummu Aqil Fauziah Yusuf. Beliau kongsikan macam mana kita nak hasilkan spaghetti carbonara yang sedap dan kena dengan tekak melayu. Paling penting, makan banyak pun confirm tak muak.
Sesetengah orang suka hidangkan spaghetti carbonara ni untuk hidangan kepada tetamu yang datang. Dah biasa sangat jamu bihun sup, laksa, mee goreng kan. Kali ni hidangkan yang istimewa sikit.
RESEPI SPAGHETTI CARBONARA
Untuk hidangan spaghetti carbonara ini, sememangnya dibuat agak pedas supaya boleh dimakan oleh semua golongan kecuali anak-anak. Kita sedia maklum, spaghetti carbonara ni jika dimakan banyak boleh cepat muak terutama kali tidak pedas.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 tin prego carbonara
- 1 tin sup cendawan campbell
- Ayam kisar
- Bebola daging
- 1 genggam cili padi
- 1 biji bawang besar ( kisar)
- 1 biji bawang besar ( potong dadu)
- 4 ulas bawang putih
- 1-2 sudu lada hitam kisar
CARA PENYEDIAAN KUAH CARBONARA :
▶ Mula-mula tumis bawang besar yang dipotong dadu bersama ayam kisar sampai masak. Bila bawang layu, angkat dan toskan minyak sekejap.
▶ Kisar cili padi bersama dengan bawang besar dan juga bawan putih. Kisar sampai hancur.
▶ Seterusnya, panaskan kuali. Tumis bahan kisar sehingga agak garing.
▶ Kemudian, masukkan bawang yang digoreng bersama ayam kisar tadi. kacau seketika.
▶ Masukkan sos prego dan juga sup cendawan. Kacau seketika sampai mendidih.
▶ Masukkan pula bebola daging. Biarkan sekejap supaya bebola masak sekata.
▶ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
▶ Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
▶ Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Sebelum nak mula masak kuah carbonara ni, jangan lupa rebus spaghetti dulu. Kuah dah siap boleh terus makan sementara masih panas suam. Kalau dapat makan dengan roti pun layan tau!
BACA JUGA: Cara Buat Puding Roti Yang Sedap Berlemak. Makan Waktu Sejuk Memang Awesome!
Sekiranya suka bahan sayuran campur, boleh masukkan sekali dalam kuah kita supaya rasa lebih sedap dan warna juga menarik.
Bagi yang nak buat untuk anak-anak versi tidak pedas boleh kisar bawang sahaja tanpa cili padi. Baru sedap dimakan dengan rasa manis bawang yang dimasak.
Silap-silap haribulan, anak lebih suka makan spaghetti daripada nasi. Jadi, kita perlulah pastikan setiap pemakanan mereka cukup sumber proteinnya supaya tidak mengganggu tumbesaran fizikal dan minda anak-anak.
Kepada yang nak buat spaghetti carbona ni, untuk hidangkan kepada family, boleh follow resepi yang saya kongsikan ni. Ikut je step by step, pasti akan menjadi. Selamat mencuba!