Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Puding Roti Yang Sedap Berlemak. Makan Waktu Sejuk Memang Awesome!

Puding roti simple
0 2,396

Setiap kali beli roti gardenia tu ada je lebih bila dah dekat nak expiry date. Oleh itu, sebelum dia berkulat cepat-cepat transform roti tersebut jadi puding roti yang sedap ni.

Biasa kalau nak habiskan roti, saya biasa goreng celup telur, atau gulung sosej dengan cheese, celup telur dan golekkan atas breadcrumb. Tapi belum pernah cuba lagi buat puding roti.

Ada yang panggil puding roti, ada yang panggil agar-agar roti. Tapi apa yang pentingnya adalah rasa puding roti ni sedap berlemak. Lebih-lebih lagi bila kita makan waktu dia sejuk. Sesuai sangat kalau kita nak buat untuk hidangan minum petang.

Sebenarnya tak ramai lagi tahu resepi puding roti ni. So, kalau korang boleh cuba dan kongsikan di wall facebook masing-masing. Mana tahu ada yang sama macam kita sedang mencari resepi habiskan roti.

Perkongsian puding roti ini diambil daripada resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Shikin Sihikin menerusi posting beliau di group Masak Apa Hari Ini ( MAHN).

 

RESEPI PUDING ROTI

Tak kisah roti brand apa yang korang ada boleh sahaj digunakan. MAcam saya sememangnya menggunakan roti gardenia yang sungguh enak dimakan begitu sahaja. Hehe Jom saya kongsikan bahan dan cara hasilkan puding roti ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4 keping roti
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin
  • 3 cawan air
  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 3 ketul gula batu
  • Pewarna makanan

CARA PENYEDIAAN PUDING ROTI :

▶ Mula-mula, masukkan roti, gula, susu cair, susu pekat, telur dan juga marjerin dalam mesin pengisar.

▶ Kemudian, kisar sampai halus dan hancur semua bahan. Ketepikan sebentar.

▶ Sementara tu, letak periuk atas api, masukkan air, serbuk agar-agar dan juga gula batu. Kacau sampai larut semua bahan sehingga jernih.

▶ Bila dah larut. Ambik bahan yang kita kisar tadi dan tuang ke dalam periuk bersama agar-agar yang dicairkan tadi.

▶ Kacau sehingga sedikit pekat. Boleh padamkan api.

▶ Sementara masih suam, bahagikan kepada beberapa bekas mengikut warna kesukaan yang kita ada.

▶ Warnakan adunan dan masukkan ke dalam loyang atau dalam bekas yang ada.

▶ Masukkan secara berselang seli mengikut warna sehingga menghasilkan corak yang cantik.

▶ Buat sampai habis adunan. Kemudian sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Masak Udang Sambal Sos. Resepi Campak-Campak Tapi Serious Sedap!

 

Tak sangka kan, senang sahaja nak buat puding roti ni. Kisar je semua bahan, masukkan dalam larutan agar-agar. Warna pastu siap. Nak buatnya pun tidak memakan masa yang lama. Sekitar 30 minit boleh siap lah satu loyang puding roti kita.

Selain untuk hidangan minum petang, puding roti nisesuai juga dibuat hidangan kepada tetamu. Sebab jimat masa, jimat bahan yang digunakan. Tapi, biasanya anak-anak memang laju makan puding roti ni sebab rasa dia yang sedap.

Kepada yang nak mencuba, boleh lah buat ikut resepi ni dan hidangkan kepada family tercinta. Saya yakin, semua orang yang makan, pasti akan rasa teruja dengan resepi puding roti yang kita hasilkan ni. Oleh itu, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open