Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Udang Sambal Sos. Resepi Campak-Campak Tapi Serious Sedap!

Resepi udang ringkas
0 1,531

Kalau sebelum ni korang dah biasa dengar masak sambal, masak merah tapi pernah tak dengar udang masak sambal sos? Tak kisahlah udang, ayam, ikan atau daging sekali pun. Semua boleh buat dengan sambal sos ni.

Bagi yang dah kering idea nak buat masakan apa, boleh cuba menu masakan ringkas ni. Mungkin bagi kita yang muda rasa ianya masakan baru. Tapi sebenarnya mak-mak kita dah biasa sangat buat sambal sos ni.

Apa yang membezakan sambal biasa dengan sambal sos ni adalah penggunaan sos cili dalam masakan ini. bukan sesudu dua tau, tapi semangkuk digunakan untuk hasilkan masakan sambal sos ini.

Untuk lebih lanjut, jom saya kongsikan cara nak buat udang masak sambal sos daripada Cik Puan Mazlina Haji Ismail. Menurut beliau, resepi ini tidak ada nama. Ringkas bahan yang digunakan dan rasa pun sedap.

Jom dekat bawah ni saya kongsikan apa bahan yang diperlukan dan aara nak buat masak sambal sos yang sedap sehingga menjilat jari ni.

 

RESEPI UDANG MASAK SAMBAL SOS

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, nak buat sambal sos ni boleh gantikan dengan sotong, telur, ayam, dan sebagainya. Kalau tiada binatang, goreng telur mata je pun sedap dimakan!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1kg udang
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 2 biji bawang besar ( potong bulat
  • 20 biji cabai burung ( potong serong )
  • 1 mangkuk sos Kimball
  • 1 Sudu Kicap manis
CARA PENYEDIAAN UDANG MASAK SAMBAL SOS :

▶ Mula-mula, basuh udang bersih-bersih dan toskan seketika.

▶ Kemudian, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.

▶ Gaul sekata kemudian goreng sekejap separa masak.

▶ Seterusnya dalam kuali yang sama, keluarkan sedikit minyak dan tumis sos cili.

▶ Kemudian masukkan kicap, kacau sekejap supaya sekata.

▶ Seterusnya, masukkan bawang yang dipotong bulat tadi serta cili burung. Kacau sampai bawang sedikit layu

▶ Akhir sekali, masukkan udang yang kita goreng awal tadi. Kuah dah menggelegak, siap dan boleh padamkan api.

▶ Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Sejenis Kek Tapi Sedap Dimakan Waktu Sejuk. Chocolate Cheese Kukus 3 Layer Ini Memang Awesome!

 

Perasan tak, dalam masakan ni kita tak gunakan sebarang serbuk perasa pun kan seperti gula, garam dan juga serbuk perasa. Haa sebab kita dah gunakan sos yang mana sudah ada kesemua bahan perasa yang lain.

Sekiranya kita menggunakan ayam, pastikan ayam digoreng sehingga masak dulu bukan separa masak. Ini kerana, bila pada peringkat akhir kita masukkan bahan gorengan kita. Sekejap sahaja gaul-gaulkan dan boleh terus tutup api.

Ada yang nak cuba buat resepi sambal sos yang mudah ni? Bolehlah ikut je resepi deka tatas ni step by step ye. Semoga berjaya dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open