Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Apam Balik Gebu Dan Lembut Walaupun Sudah Sejuk. Buat Sendiri Baru Puas Hati Nak Makan!

Apam balik gebu
0 4,400

Waktu bulan puasa wajib pergi bazar Ramadhan semata-mata nak beli apam balik je. Apam balik ni merupakan makanan kegemaran seisi rumah. bila tidak ada waktu berbuka rasa macam tidak lengkap je.

Tapi perasan tak sekarang ni dah ada pelbagai jenis apam balik kan? Apam balik coklat, apam balik peanut, dan pelbagai lagi perisa yang dibuat dan dijual.  Ada juga yang yang buat apam balik nipis dan crunchy.

Tapi sejak tahun lepas, bazar Ramadhan dah tak ada di sesetengah tempat. Terpaksalah belajar buat sendiri supaya masih kekal dapat makan bersama ahli keluarga waktu berbuka.

Menerusi perkongsian daripada Cik Puan Marlyssa Pariss ni, beliau kongsikan macam mana nak buat  apam balik yang gebu dan lembut je. Makan waktu panas-panas suam memang sedap.

Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan untuk buat apam balik ni dan step by step macam mana nak hasilkan apam balik yang marvellous.

 

RESEPI APAM BALIK GEBU

Dalam resepi ini, saya kongsikan buat apam balik yang biasa tau. Kalau nak buat yang ada perisa, boleh tambahkan di bahagian waktu mengisi bahan atau inti nanti ye.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 250 gram tepung gandum
  • 300 ml air @ susu
  • 4 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning

 

BAHAN INTI :
  • Gula
  • Susu manis
  • Kacang tanah yang dikisar kasar
  • Jagung krim
  • Marjerin
  • Perasa lain seperti coklat, peanut dan sebagainya

CARA PENYEDIAAN APAM BALIK GEBU :

▶ Satukan tepung gandum, gula, yis dan juga soda bikarbonat. Gaul sebati.

▶ Kemudian, masukkan bahan basah. Air atau susu, telur, esen vanilla dan juga pewarna kuning. Nak guna blender boleh atau nak pukul pakai mixer pun boleh.

▶ Seterusnya, perap selama 2 hingga 3 jam atau lebih. Simpan di luar sahaj tak perlu dalam peti ais.

▶ Kemudian, panaskan kuali non stick. Masukkan sesenduk adunan. Leperkan atau ratakan jadi bulat.

▶ Tutup kuali supaya adunan masak sekata.

▶ Bila dah masak, sapu permukaan apam balik dengan marjerin. Letakkan inti yang kita suka. Taburkan gula, dan kacang tanah. Sudukan krim jagung tin.

▶ Kemudian lipat apam balik, dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Siput Warisan Dari Bonda! Ralit Makan Sampai Habis Sebalang.

 

Bila dah siap macam ni, memang bau wangi satu rumah tau. Makan masih waktu suam rasanya lebih sedap dan awesome! Bagi yang suka rasa original macam ni, memang sesuai sangat follow je sebijik macam resepi yang saya kongsikan.

Hidangkan untuk minum petang insyaAllah semua akan suka. Paling seronok bila buat sendiri, bolehlah letak banyak apa yang kita suka seperti jagung ataupun kacang. Nak makan pun rasa puas!

Jadi, saya harap semoga perkongsian resepi buat apam balik ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua. Dan jangan lupa kongsikan di wall facebook masing-masing supaya lebih ramai dapat manfaat yang sama.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open