Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Pisang Coklat Chips Yang Gebu Dan Sedap. Mudah Sangat Nak Buatnya!

0 2,894

Ada tak penggemar kek pisang kat sini? Apa kata kali ni korang cuba pulak resepi kek pisang coklat chips yang gebu dan sedap ni. Mudah sangat nak buatnya. Nak lagi sedap, korang pakai pisang berangan atau pisang emas.

Kek ni di buat tanpa perlu banyak penggunaan pekakas dapur. Cuma perlukan blender dan senduk nasi je. Tak gaduh nak basuh itu ini lepas dah siap buat kek nanti. Siap masak, siap juga kemas dapur.

Cara Nak Buat pun tak renyah. Korang cuma perlu campur je semua bahan ke dalam blander dan blend sampai halus. Masuk dalam loyang dan taburkan hirisan pisang dan coklat chip. Barulah korang boleh bakar. Bau dia masa bakar tu wangi tau.

Raya kan sebulan. Kalau pisang banyak kat kebun tu bolehlah buat kek pisang coklat chip ni. Follow je resepi yang dikogsikan oleh Cik Puan Melati Desa ni. Mudah sangat nak follow. Janji barang nak buat kek semua tu dah lengkap.

Kek pisang coklat chip ni juga sesuai di jadikan hidangan buat tetamu yang datang beraya di rumah. Korang boleh buat bila-bila masa je korang suka. Nak hidang masa open house pun sesuai sangat.

 

RESEPI KEK PISANG COKLAT CHIPS 

Tekstur kek gebu dan lembut je bila di makan. Anak-anak korang confirm jadi penggemar setia kek ni nanti. Kalau nak cuba buat, korang sedia dulu bahan-bahan kat bawah ni. Jom tengok satu persatu bahan-bahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (ayak semua dan satukan)

 

Bahan B :
  • 5 biji pisang berangan @ 7 – 8 biji pisang emas.
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1/2 cawan gula perang + 1/2 cawan gula kasar/ Kalau takde gula perang, masukje 1 cawan gula kasar
  • 3 biji telur

*Masukkan dalam blender semua bahan B dan blend hingga halus.

 

Bahan C :
  • 1 cawan coklat chips.

CARA PENYEDIAAN KEK PISANG COKLAT CHIPS :

▶️ Satukan bahan A dan bahan B dalam mangkuk adunan.

▶️ Kaup balik hingga sebati. Kemudian masukkan bahan C (coklat chips)

▶️ Sapu loyang 8″ x 8″ dengan minyak dan alas dengan kertas minyak.

▶️ Tuang adunan dalam loyang, tabur coklat chips dan letak hirisan pisang kalau suka.

▶️ Bakar dengan suhu 160C @ 170C atau ikut oven masing-masing selama 30 – 40 minit atau hingga kek masak. Boleh juga dikukus selama 45 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kek Ayam Ala-Ala Makanan Korea. Senang Je Buatnya, Lagi Sedap Kalau Makan Dengan Sambal Kicap!

 

Kalau nak mudah makan atau hidang, korang boleh masuk dalam paper cup! Tak renyah nak potong kek nanti. Buat macam muffin je senang. Masuk dalam paper cup je masa nak bakar tu. Tetamu nak ambil pun senang nanti.

Kek pisang coklat chip ni juga boleh di kukus tau! Dan kalau korang nak kukus, korang kena kukus kek ni lebih kurang dalam 45 minit. Hasilnya nampak moist gitu. Terpulang ikut cita rasa masing-masing samada nak bakar atau kukus.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Melati Desa kerana sudi berkongsi resepi kek pisang coklat chips yang gebu dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open