Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Kuih Talam Sagu Resepi Kampung Yang Lejen! Guna Pengukus Je.
Sebelum ni, kalau makan kuih sagu, mesti yang gaulkan dengan kelapa tu kan. Dari dulu sampai sekarang memang suka makan kuih sagu ni. Tapi kali ni, pernah dengar nama kuih talam sagu? Unik tapi rasa dia memang sedap!
Kalau yang suka makan kuih talam, boleh lah cuba buat talam sagu ni. Memang first time saya dengar nama kuih ni sebenarnya tapi bila cuba buat dan rasa, tak sangka semua orang suka.
Antara makanan yang kita selalu buat dengan sagu selain kuih sagu kelapa, sagu gula melaka dan sagu juga selalu digunakan dalam bubur. Bubur pisang, bubur durian atau bubur jagung.
Cuma dalam perkongsian kali ni, kuih talam sagu ni merupakan hasil posting Cik Puan Rozita Hamzah yang kongsikan di wall facebook beliau.
Jom saya kongsikan apa bahan yang kita akan gunakan dan step by step macam mana nak buat kuih talam sagu ni. Resepi ni semua orang wajib cuba!
RESEPI KUIH TALAM SAGU
Kuih talam sagu ni sesuai untuk dibuat hidangan minum petang atau makan pagi. Masa yang diambil untuk buat kuih sagu ni lebih kurang dalam setengah jam sahaja.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Untuk lapisan bawah –
- ¾ cawan sagu
- ½ cawan gula
- Air sama paras sagu
- Pewarna secukupnya
Untuk lapisan atas –
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM SAGU :
▶ Mula-mula sekali, sapukan minyak pada loyang sekeliling.
▶ Kemudian, masukkan gula dan sagu yang sudah dibasuh bersih ke dalam loyang. Tambah air Cuma paras sagu sahaja.
▶ Seterusnya, masukkan pewarna dan kacau rata. Pewarna ni boleh ikut suka kita. Boleh gunakan pewarna merah, hijau atau apa sahaja yang kita suka. Kacau sehingga gula sebati dengan sagu.
▶ Kemudian, panaskan periuk pengukus sehingga ar mendidih.
▶ Kukuskan bahagian sagu lebih kurang dalam 10 minit atau sehingga sagu masak sepenuhnya. Kalau sagu dan tiada yang berwarna putih dan jadi jernih sepenuhnya, bermaksud sagu kita sudah masak.
BACA JUGA: Cara Buat Telur Masin Homemade. Tak Masin Sangat Dan Telur Jadi Cantik!
▶ Untuk bahagian atas, masukkan bahan-bahan ke dalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
▶ Kacau sekejap sehingga menjadi pekat dan likat.
▶ Bila lapisan sagu dah masak sepenuhnya, lorekkan dengan garfu. Kemudian tuang bahan untuk lapisan atas.
▶ Kukus lagi dalam 20 hingga 25 minit. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
TIP :
▶ Kenapa perlu lorekkan bahagian sagu adalah untuk pastikan kedua- dua bahagian melekat elok je.
Kuih talam sagu ni merupakan gabungan dua kuih tradisional. Kuih sagu dan kuih talam. Rasa dia? Korang kena cuba dulu baru lah tahu macam mana. Kalau dah suka, lepas ni dah boleh buat berkali-kali sebab dah tahu dan belajar cara.
Sesekali buat untuk hidangkan kepada mak ayah atau mak ayah mertua kuih talam lapis ni mesti mereka suka. Kepada yang mencuba, bolehkongsikan atau simpan dulu resepi ni tujuan rujukan kita nanti. Selamat mencuba!