Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Kek Pandan Yang Gebu Dan Lembut. Blend Dan Masak Guna Air Fryer Je. Senang!
Siapa je yang tak gemar makan kek pandan kan? Kek ni dah jadi pilihan ramai sejak dari dulu lagi. Kek ni juha mudah nak dapat kat pasaraya. Sesuai sangat di hidang bila ada tetamu yang datang ke rumah. So, apa kata hari ni korang follow resepi kek pandan yang gebu dan lembut ni disini.
Kek ni sangat mudah di buat dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Apa yang menariknya dengan kek pandan hari ni adalah adunannya dibuat menggunakan blander sahaja dan di masak menggunakan air fryer. Kek ni juga boleh dibakar menggunakan oven atau di kukus ye.
Ikut citarasa masing-masing. Ada yang suka bakar, ada juga yang suka kukus. Tekstur kek yang dibakar dan dikukus agak berbeza sedikit. Bila kek di kukus, tekstur kek akan lebih moist. Manakala, bila kek di bakar pula, teksturnya akan lebih garing sedikit.
Penggemar kek pandan boleh follow step by step resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Sally Aqua ni. Confirm korang puas hati dengan hasilnya. Beliau juga suggest untuk kita menggunakan tepung Blue Key berbanding tepung gangum biasa. Sebab hasilnya akan lebih gebu dan sedap.
Baru je resepi ni up kat Facebook, dah viral and dapat 2.7k share. Kalau beli kat luar tak akan sama dengan kita buat sendiri. Ada yang sedap, ada juga yang tak ngam dengan tekak. Kalau beli kek pandan kat pasaraya Lotus, memang gebu dan sedap. Tapi nampak kosong dan ringan sangat.
RESEPI KEK PANDAN
Mesti ada yang dah tak sabar nak buat kek ni kan. Nampak cantik je kejadiannya kat gambar tu. So, tak nak buang masa lagi. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek pandan homemade ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 biji telur
- 1 cwn gula caster
- Esen Vanilla
- 1 cwn planta
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- Pewarna hijau
- Perasa pandan
CARA PENYEDIAAN KEK PANDAN :
▶️ Blend telur 3 biji + 1 cawan gula caster + sedikit esen vanilla. Blend sampai halus dan kembang.
▶️ Kemudian, masukkan planta 1 cawan dan blend lagi sampai sebati.
▶️ Masukkan bahan bland tadi ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum 1+0.5 cawan, bersama dengan baking powder 1 sudu kecil. Kemudian, kacau sebati.
▶️ Masukkan sedikit pewarna hijau dan perasa pandan.
▶️ Bakar 40 minit pada suhu 140C. Siap!
BACA JUGA : Cara Buat Bihun Cakar Madu Untuk Anak-Anak. Rasa Rangup Dan Manis-Manis Buah Gitu!
Siap untuk dihidang! Kalau tak nak guna pewarna, korang boleh juga guna air pandan. Baunya memang wangi sangat. Bila dibakar, bau pandan tu boleh terhidu satu rumah. Jom save siap-siap resepi ni, boleh guna raya haji nanti. Korang nak buat hidangan kat tetamu pun sesuai.
Hujung-hujung minggu korang yang kosong tu, bolehlah di isi dengan masak-masak. Sediakan kek pandan untuk minim petang suami dan anak-anak. Mesti diaorang suka! Yang tak pernah baking pun boleh buat kek ni tau. Janji korang tak derhaka resepi je.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Sally Aqua kerana sudi berkongsi resepi kek pandan yang gebu dan lembut ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share okey. Selamat mencuba!