Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Ulat Bulu Ala-Ala Buah Melaka. Nampak Semacam Je, Tapi Rasanya Sedap Sangat!

0 382

Comelnya kuih ni. Nampak semacam je bentuknya. Memang lah nampak semacam sebab bentuk kuih ni macam ulat bulu sebab tu kuih ni di panggil sebagai kuih ulat bulu. Cara penyediaannya juga lebih kurang sama dengan kuih buah Melaka atau lebih di kenali sebagai kuih onde-onde.

Adunan kuih ni sama seperti kuih onde-onde. Begitu juga dengan warnanya. Berbeza pula dari segi penggunaan intinya. Inti kuih ulat bulu ini menggunakan kacang merah tapi boleh juga di hidang menggunakan gula Melaka. Bila dah siap direbus, kuih ini juga akan di gulung dengan kelapa parut sebelum di makan.

Kalau nak kuih ni tahan lama dari pagi sampai ke petang. Korang kena gaul-gaul kelapa parut dengan secubit garam dan 1 sudu kecil gula dulu. Kemudian, kukus kejap kelapa tu. So, takde lah bazir kalau buat kuih ni. Tak habis makan waktu pagi, korang boleh makan lagi waktu petang nanti.

Resepi kuih ulat bulu ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zainun Mamat. Memang menarik! Kuih ni tak leceh di makan sebab tak menggunakan gula Melaka. Anak-anak nak makan pun tak perlu nak jaga intinya tertumpah. So, takde masalah kalau nak buat kuih ni bentuk bujur ke bulat.

Kalau onde-onde, biasanya di buat bentuk bulat supaya senang di makan. Masuk sekali je dalam mulut, barulah tak tertumpah-tumpah inti gula Melaka nya nanti. Mesti ada yang tak sabar nak cuba buat kuih ulat bulu ni kan. Jom follow cara penyediaannya di bawahnya.

 

RESEPI KUIH ULAT BULU

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Guna semua bahan yang sama je dengan kuih onde-onde. Tapi, masukkan inti kacang merah pula kat dalamnya. Beli kacang merah yang dah siap je, lagi senang! Tak payah buat sendiri lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 3 cawan Tepung Pulut
  • 1/2 cawan Tepung beras
  • 1/2 cawan Tepung jagung
  • Air pandan
  • Pewarna hijau
  • Sedikit air kapur sirih
  • Inti kacang merah (Beli yang dah siap)
  • Kelapa muda parut
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil gula

CARA PENYEDIAAN KUIH ULAT BULU : 

▶️ Masukkan tepung pulut 3 cawan dalam satu bekas yang mudah untuk buat doh.

▶️ Kemudian, masukkan 1/2 cawan tepung beras.

▶️ Diikuti dengan 1/2 cawan tepung jagung.

▶️ Masukkan pula air pandan sedikit demi sedikit.Gaul biar jadi doh. Kalau keras tambah lagi sedikit air.

▶️ Masukkan pula pewarna hijau.

▶️ Tuang juga sedikit air kapur sirih. Gaul sebati semua sehingga menjadi doh macam onde-onde.

▶️ Seterusnya, ambil inti kacang merah dan bujurkan. Beli yang dah siap je senang.

▶️ Ambil pula, kelapa muda. Gaul-gaul dengan campur secubit garam dan 1 sudu kecil gula. Kukus dulu kejap kelapa untuk bagi kuih tahan lama.

▶️ Gentel-gentel doh tadi. Letak inti kacang merah di dalamaya. Lepas tu rebus. Bila timbul tandanya dah masak.

▶️ Bila masak toskan dulu sampai kering air. Lepas tu golekkan atas kelapa. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kerisik Homemade Yang Cantik, Sedap Dan Tahan Lama. Bolehlah Guna Musim-Musim Raya Ni!

 

Siap untuk dihidang! Tunggu sejuk dulu baru boleh makan ye. Kuih ni korang nak hidang untuk tetamu yang datang kerumah pun boleh. Sesuai di jadikan hidangan kuih muih di majlis-majlis jamuan, rumah terbuka dan lain-lain. Ada juga yang buat niaga, tapi jarang juga jumpa.

Untuk dapatkan bau yang wangi pada kuih ulat bulu ni, korang wajib gunakan daun pandan. Dalam masa yang sama korang boleh gunakan airnya untuk dapatkan warna hijau kuih ulat bulu ni. Tak guna pewarna hijau pun takpe. Yang penting warna hijau daun pandan dah cukup untuk hasilkan warna yang cantik pada doh nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zainun Mamat kerana sudi berkongsi resepi kuih ulat bulu ala-ala buah Melaka ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Korang nak buat niaga pun boleh juga kuih ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open