Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Masak Thai Yang Simple Dan Semestinya Sedap. Confirm Terangkat Dibuatnya!
Nasiblah terjumpa resepi ayam masak Thai ni. Boleh la buat lauk tengahari esok. Nampak simple cara masak lauk ayam masak Thai ni. Rasa dia pun sedap. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya. Korang yang nak try, follow je resepi dia kat sini.
Kekadang sampai dah pening kepala nak pikir lauk apa nak masak setiap hari. Asyik benda yang sama pun bosan jugak. Hari ni kita nak masak hidangan Thai, mesti korang suka. Rasa pedas, masam, manis semua lengkap dalam hidangan ni.
Lauk ni memang nampak simple. Tapi rasa dia memang mengancam betul. Lagi pedas, lagi syok nak makan. Lauk ni pernah viral dulu. Sekali korang cuba lauk ni, pasti nak lagi. Boleh buat lauk makan malam dan lauk tengahari.
Masakan Thai memang tak pernah mengecewakan kita. Kalau makan kat luar, mesti kita lebih pilih makan kat kedai Siam banding dengan kedai Melayu kan. Mana taknya, masakan Siam ni ngam dengan tekak Melayu. Rasa manis, masam, pedas semua terasa.
Ha, untuk pengetahuan korang. Resepi ayam masak Thai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Farhana Nasir. Resepi ni viral sampai 7.3k kat Facebook. Rugi sangat korang tak cuba. Rekomen jugak untuk yang suka makan pedas.
RESEPI AYAM MASAK THAI
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ayam masak Thai ni. Bahan-bahan dan step memasak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam (goreng dengan serbuk kunyit dan garam)
- Daun limau purut
- Serai (diketuk)
- Bawang putih (ditumbuk/ kisar)
- Cili api (ditumbuk/ kisar)
- Cili hidup (ditumbuk/ kisar)
- Bawang besar (dihiris)
- Sos tiram
- Sos tomato
- Garam dan ajinomoto
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK THAI :
▶️ Panaskan minyak, tumis bahan kisar dengan serai yang di ketuk. Kalau ada daun limau purut lagi sedap & wangi.
▶️ Nampak dah pecah minyak, masukkan sos tiram dengan sos tomato.
▶️ Kemudian, perasakan dengan garam dan ajinomoto.
▶️ Masukkan bawang besar yang dihiris tadi.
▶️ Last, masukkan ayam yang telah di goreng. Jangan garing sangat keras nanti.
▶️ Siap sedia untuk dimakan!
BACA JUGA : Resepi Aiskrim Soda Sakura Yang Masam Manis. Rasa Macam Jeruk Laici Bila Makan Nanti!
Wah! Dah siap pun lauk ayam masak Thai kita. Makan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar pun dah sedap sangat. Confirm terangkat dibuatnya! Satu je nak tahu, ada tak lauk ni jual kat kedai Siam. Tak pernah order lagi.
Masakan Thai biasanya menggunakan daun limau purut. Bau dia memang sedap! Masuk je dalam kuali terus bau harum satu rumah. Tapi kalau bahan kat dapur takde daun limau purut, korang nak guna serai semata pun boleh.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Farhana Nasir kerana sudi berkongsi resepi ayam masak Thai yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!