Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Apam Cheese Yang Simple Dan Mudah. Sesuai Untuk Hidangan Minum Petang!

Apam cheese gebu
0 2,415

Waktu petang bila tak tahu nak buat apa untuk makan petang boleh cuba buat apam cheese ni. Resepi apam yang simple dan mudah nak buat tapi rasa dia memang superb!

Apam cheese ni makanan yang sesuai untuk dibuat untuk makan waktu santai sahaja atau untuk majlis ringkas sesame keluarga. Jadikan sebagai makanan tambahan atau dessert bak kata orang putih kan.

Sebelum ni kita biasa buat apam gula hangus, apam nasi, apam kampung je kan sebab mudah dan sedap. Tapi kalau yang suka rasa yang berbeza dan suka makan cheese, boleh masukkan apam cheese ni dalam list kita yang akan dicuba.

Perkongsian yang dikongsikan oleh Cik Puan Riesha Rishaliena ni nampak menarik dan mudah untuk kita follow. Kalau yang baru nak belajar buat apam, ikut je step by step yang beliau kongsikan.

Saya memang tertarik dengan beliau sebab sangat suka berkongsi resepi yang best dan menarik. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi sharekan ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

 

RESEPI APAM CHEESE SIMPLE

Dalam resepi ini, apam yang dihasilkan adalah berwarna putih sahaja. Untuk menampakkan ia lebih menarik boleh gunakan pewarna yang ada untuk mencorakkan apam cheese kita.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung kek
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu segar
  • 2 -3 keping cheesedale
  • 1 sudu kecil ovalete
  • 1 sudu kecil serbuk vanilla @ esen vanilla
  • 2 biji telur

CARA PENYEDIAAN APAM CHEESE :

▶ Mula-mula sekali, ayak tepung supaya tiada bendasing dalam apam kita.

▶ Kemudian, satukan susu segar dan cheese. Masak atas api sehingga cheese larut.bila dah larut, ketepikan sekejap.

▶ Pukul gula, ovalete dan telur sampai betul-betul kembang. Pastikan jadi putih gebu bertanduk tau. barulah iaya dikatakan kembang.

▶ Seterusnya, masukkan bahan yang dimasak tadi. Kacau sehingga sebati kedua-dua adunan.

▶ Masukkan tepung dan kacau lagi adunan tersebut. Kacau menggunakan spatula sahaja menggunakan kaedah kaup balik.

▶ Sediakan acuan dan panaskan periuk pengukus.

▶ Masukkan adunan ke dalam acuan sebanyak ½ cup sahaja.

▶ Kukus sehingga masak atau selama 9 minit sahaja.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Pertama Kali Buat Ayam Tumis Singgang Pekat Follow Resepi Ni. Tak Sangka Satu Family Suka!

Tak ramai yang pernah buat apam cheese ni sebab jarang kita nak jumpa dan rasa melainkan yang betul-betul pernah makan sahaja. Bagi yang tak suka makan cheese tak perlu risau sangat sebab bau dan rasa cheese tidaklah terlalu kuat.

Bila dah tahu cara nak buat apam cheese ni, bolehlah buat selalu jika semua suka. Buat pelbagai warna dan corak untuk tarik minat anak-anak untuk rasa.

Simple tapi sedap kan? Nanti boleh cuba buat apam cheese ni dengan follow je resepi di atas yang saya kongsikan. Saya harap perkongsian apam cheese ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open