Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Pertama Kali Buat Ayam Tumis Singgang Pekat Follow Resepi Ni. Tak Sangka Satu Family Suka!

Ayam tumis singgang pekat
0 1,154

Biasa kalau dengar masak singgang, terbayang warna putih jernih sahaja teksturnya. Tapi, kalau buat ayam tumis singgang pekat ni, memang lain betul lah rupanya. Tak pernah tengok dan belum pernah cuba.

Mungkin bagi orang lain dah biasa makan, dah pernah buat, memang hidangan favourite keluarga dan sebagainya. Tapi sejujurnya ini kali pertama saya tahu masakan ini.

Salah satu sebab saya suka kongsikan resepi dalam perkongsian selama ini, bukan sahaja untuk saya belajar pelbagai resepi dengan pelbagai versi malah buat saya tahu ada lagi resepi lain yang belum pernah saya jumpa.

Macam resepi ayam tumis singgang ni, dikongsikan oleh Cik Puan Asrinna Bakri di laman facebook menerusi group yang beliau sertai. Nampak macam simple je tapi bau dia memang wangi sebab gunakan serai dan daun kesum dalam masakan.

Bila rasa dah blur dan pening tak tahu nak masak apa dengan ayam yang ada, boleh cuba buat masakan tumis singgang ni.  Cubalah sekali buat, insyAllah satu family akan suka!

 

RESEPI AYAM TUMIS SINGGANG PEKAT-PEKAT

Andai nak gantikan ayam ni kepada daging, atau ikan juga tiada masalah. Tetap sedap seperti mana ayam. Sebab yang menjadikan ianya sedap adalah pada kuahnya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam
  • 2 biji bawang besar
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 2 nci halia
  • 2 batang serai
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • Asam keping
  • Daun kesum
  • Tomato
  • Cili padi ketuk

CARA PENYEDIAAN AYAM TUMIS SINGGANG PEKAT :

▶ Mula-mula potong ayam dan basuh bersih ayam.

▶ Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia dan juga serai. Kisar sampai hancur.

▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik minyak.

▶ Bila dah masak dan naik minyak, masukkan ayam dan sedikti air.

▶ Biarkan ayam masak empuk. Tambah air ikut kepekatan yang kita suka.

▶ Seterusnya masukkan asam keping, cili padi dan tomato.

▶ Sebelum tutup api, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

▶ Siap dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Badak Berendam Original. Resepi Kampung Warisan Nenek!

Bila dah siap masakan ni, hidangkan dengan nasi panas-panas. Nak lebih sedap, renjiskan dengan kicap manis. Masakan tumis singgang ni, sedap juga dimakan dengan sedikit pedas.

Disebabkan itu, cili padi yang kita masukkan tu ketuk sedikit supaya rasa pedas dia keluar dan kita dapat rasa masakan ayam tumis singgang yang marvellous!

Kalau korang sebelum ni tak pernah dengar nama masakan ini, boleh save dan cuba buat sekali dua. Kemudian bagi mak ayah rasa, insyaAllah pasti mereka akan suka. Cubalah. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open