Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Agar-Agar Santan Pandan. Wangi Dengan Aroma Daun Pandan!

Agar2 santan pandan
0 2,976

Lamanya rasa tak makan agar-agar santan pandan atau nama lainnya agar-agar lumut. Kalau dulu rajin mak-mak kita buat, sejukkan dalam peti dan makan waktu petang kan. Kali ni, kita pulak lah yang kena hidangkan untuk santapan keluarga.

Sebenarnya nak buat agar-agar santan pandan ni tak susah mana pun. Antara resepi yang paling senang dan paling mudah untuk kita buat. Jadi, tak ada masalah kalau kita yang baru nak belajar memasak pun.

Dalam perkongsian kali ini, saya nak share dengan semua macam mana nak buat agar-agar santan pandan yang dihasilkan oleh Cik Puan Maziah Abdullah ni. Tengok step yang dikongsikan pun tersangatlah mudah.

Bahan-bahan nak buat agar-agar santan ni kebiasaannya memang yang ada dalam dapur rumah kita. Bila-bila nak buat je boleh terus mula. Kalau tak nak buat sekarang, boleh save dan sharekan dulu resepi ni. Nanti mudah nak rujuk bila berkelapangan nak buat.

Dekat bawah ni saya kongsikan cara-cara nak buat dan apa bahan yang digunakan untuk hasilkan agar-agar santan atau agar-agar lumut ni.

 

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Resepi agar-agar santan pandan ni sedap dimakan waktu sejuk-sejuk. Dah siap, letakkan dalam peti sejuk dan makan pada waktu petang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 paket agar-agar tali ( 20 gram atau 25 gram)
  • 5 cawan air
  • 1 ¼ cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 cawan santan cair
  • 7- 8 helai daun pandan
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR SANTAN PANDAN :

▶ Kisar daun pandan dengan 1 cawan air sehingga lumat. Tapis dan dapatkan jusnya 1 cawan.

▶ Kemudian, masak agar-agar, air pati pandan dengan 5 cawan air. Masak sehingga agar-agar larut.

▶ Seterusnya, masukkan gula dan pewarna hijau. Biarkan sehingga mendidih.

▶ Sementara tu, dalam bekas yang lain. Masukkan santan, telur dan garam. Kacau sekata semua bahan

▶ Apabila dunan dah mendidih, masukkan adunann santan tadi ke dalam kuali.

BACA JUGA: Cara Buat Roti Canai Persis Kedai Mamak. Gebu Dan Lembut!

▶ Kacau sampai betul-betul mendidih dan meruap.

▶ Seterusnya, tuangkan agar-agar ke dalam loyang atau bekas yang kita suka.

▶ Biarkan suam seketika, dan masukkan ke dalam peti sejuk.

▶ Bila agar-agar dah mengeras, bolehlah dipotong dan hidangkan!

Siapa yang buat agar-agar santan pandan ni, bolehlah follow step by step resepi yang saya kongsikan ni. Tak susah nak buat, dan semua orang dapat hasilkan resepi yang marvellous ni.

Semoga perkongsian resepi agar-agar santan pandan ni dapat memberi manfaat kepada anda semua untuk mencuba menu resepi yang baru. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open