Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Spicy Beef Wrap Guna Daging Burger. Garenti Sedap!

Spicy beef wrap
0 319

Bila dah blur nak buat apa untuk makan pagi, boleh cuba sediakan spicy beef wrap ni. Serious sedap dan korang mesti akan suka. Bahan-bahan guna apa yang ada dekat rumah je. Dan wajib ada bahan utama iaitu wrap!

Resepi ni ramai betul yang kongsikan di facebook, youtube dan juga tik tok. Dan ramai juga yang kongsikan dah buat follow resepi yang dikongsikan. Sedap!

Bukan sahaja sedap, malah nak buat spicy beef wrap ni mudah sangat-sangat. Hidangan ni sesuai untuk makan pagi, bekal anak sekolah, bekal kita kerja atau pun untuk makan petang pun sesuai. Jika ada yang diet, hidangan ni memang perfect!

Dalam resepi yang saya nak kongsikan kali ni, Cik Puan Shuhada Shoberi ni sharekan cara-cara yang beliau gunakan. Dan gunakan bahan apa yang ada dalam peti rumah beliau sahaja.

Nama spicy beef wrap ni, boleh diubah jika kita gunakan ayam, jadikan dia spicy chicken wrap. Atau jika gunakan telur, boleh namakan spicy egg wrap.

 

RESEPI SPICY BEEF WRAP

Resepi yang saya kongsikan ni, untuk hidangan satu wrap sahaja tau. Jika nak buat beberapa boleh gandakan kuantiti sahaja.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • Gardenia Wholemeal Wrap
  • 2 biji telur
  • 2 keping daging ramly
  • Cili Padi
  • Sos Cili
  • Salad
  • Garam
  • Mayonis
  • Mozarella Cheese

CARA PENYEDIAAN SPICY BEEF WRAP :

▶ Mula-mula panaskan sedikit minyak dan masak daging burger terlebih dahulu. Masak macam kita nak makan burger tu, jangan goreng dengan minyak yang banyak pulak tau.

BACA JUGA: Cara Buat Ayam Bakar Dengan Sos Grill. Resepi Western Paling Simple!

▶ Pecahkan 2 biji telur, masukkan secubit garam

▶ Hiris cili padi ke dalam telur dan kacau sebati. Jika buat untuk anak-anak, boleh skip cili padi.

▶ Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Curah telur ke dalam kuali tersebut. Pastikan bulat sekata dan gunakan pan non stick tau.

▶ Kemudian, letakkan wholemeal wrap di atasnya dan biarkan dia melekat telur pada wrap kita

▶ Bila dah masak, terbalikkan wrap dan letakkan sayur salad di atas lapisan telur.

▶ Daging yang sudah dimasak tadi, racikkan menjadi kepingan halus dan kecil

▶ Taburkan atas lapisan salad. Letakkan sos cili.

▶ Biarkan bahgaian wrap masak sedikit garing.

▶ Kemudian lipat dua wrap kita. Angkat dan sedia untuk dihidangkan!

Oh ya! Disebabkan pemilik resepi ni tak ada mayonis dan mozzarella, itu yang tiada dalam step yang dikongsikan. Tapi jika ada, picit mayonis bersama cili sos tadi. Kemudian tabur mozzarella cheese. Tutup kuali sekejap supaya cheese kita mencair. Barulah boleh silipat dan diangkat.

Wah! Mudah sangat kan nak buat spicy beef wrap ni. Jika tidak adad aging burger, boleh gunakan nuget, pop corn ayam dan sebagainya. Atau boleh juga gunakan isi ayam biasa yang digorengkan dahulu.

Jangan lupa cuba ye! Selamat menjamu selera semuanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open