Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Percik Kuning Ala Terengganu. Ringkas, Mudah Dan Tanpa Dua Kali Bakar!
Bulan ramadhan nanti, mesti ramai yang beli ayam percik kat bazar ramadhan kan. Try korang cuba resepi ayam percik kuning ala Terengganu ni. Bakar dalam kuali kat dapur je. Tak payah nak bakar guna arang bagai. Habis bau asap nanti.
Ayam bakar guna kuali, kuah percik pulak tumis je. Ayam ni bakar sekali je tau. Nak cepat masak punya pasal. Sekali masak pun boleh. Yang penting hasil ayam percik homemade kita ni sedap dan boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Kekadang kita nak cari resepi paling ringkas untuk elak kita duduk dapur lama-lama. Cuaca sekarang panas weh! Duduk dapur habis lencur. Dapur pulak takde ekzos tarik haba tu. Lagi la mandi peluh. So, resepi simple macam ni sangat diperlukan.
Ayam percik kat pasar malam boleh tahan mahal jugak harganya. Tak puas makan kalau beli sikit. Buat sendiri kat rumah je lagi puas hati. Ayam percik kuning ala Terengganu ni lain sikit dengan ayam percik biasa kita makan tu. Try dulu baru tahu.
Resepi ayam percik kuning ala Terengganu ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aisyah Humaira. Nak buat ayam percik ni kena bakar sampai 2 kali, tapi versi ni lagi mudah. Sekali masak je, jimat masa & tenaga.
RESIPI AYAM PERCIK KUNING ALA TERENGGANU
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ayam percik kuning ala Terengganu ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 ekor ayam saiz kecil dipotong dan cuci bersih
- 1 gelas santan atau secukupnya
- 2 batang serai diketuk
- 5 sudu besar cili kisar (cara buat : rebus cili kering kerinting hingga layu, bilas airnya dan kisar)
- 2 keping asam keping
- Garam, gula putih dan sedikit gula melaka secukup rasa
- 1 sudu kecil halba
Bahan kisar :
- 6 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit
Bahan tumbuk :
- 1 sudu teh ketumbar
- 2 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh lada hitam
CARA PENYEDIAAN AYAM PERCIK KUNING ALA TERENGGANU :
▶️ Gaul ayam bersama garam, serbuk kunyit dan sedikit minyak masak lalu bakar dalam kuali dengan api perlahan dan tutup kuali.
▶️ Balikkan ayam untuk masak sekata. Sambil tunggu ayam masak boleh lah buat kuah percik.
Cara Buat kuah percik :
▶️ Panaskan minyak dulu. Minyak mesti lebih dari bahan yang hendak ditumis. Masukkan bahan kisar, bahan tumbuk, serai dan cili kisar.
▶️ Tumis semua ni hingga pecah minyak dengan api paling perlahan. Sesekali kacau untuk elak bahan hangus.
▶️ Setelah bahan tumis dah pecah minyak bolehlah masukkan asam keping, gula dan garam, halba, santan dan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
▶️ Kuah mendidih, Masukkan ayam kacau sebati siap. Jika nak bakar lagi sekali pun boleh lepas dah salut kuah.
BACA JUGA : Resepi Spaghetti Tuna Ayam Brand Yang Unik Dan Sedap. Guna Tuna Perisa Cili Lagi Sedap!
Ayam percik kuning kita dah siap! Ringkas, mudah dan tanpa dua kali bakar. Tak payah nak berasap kat luar rumah pun nak buat ayam percik ni. Lepas ni hari-hari nak makan ayam percik pun boleh. Follow je resepi mudah ni.
Kadang-kadang teringin makan, tapi malas nak pegi pasar malam. Nak hadap jem lagi. Nasib la jumpa resepi-resepi mudah macam ni. Bila-bila nak makan ayam percik pun boleh. Resepi ni lengkap dan mudah nak faham ye.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aisyah Humaira kerana sudi berkongsi resepi ayam percik kuning ala Terengganu ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!