Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Scone Homemade Ala Kafe Cameron Highlands. Mudah Sangat, Cuma Guna 4 Bahan Je!

0 1,074

Rindunya nak pergi Cameron Highlands. Kalau ke sana mesti makan scone kat kafenya. Memandangkan pkp dan tak boleh merentas negeri apa kata kita buat scone homemade je. Mudah sebab perlu guna 4 bahan sahaja.

Scone ni boleh dipelbagaikan rasanya. Dimasukkan bahan tambahan pilihan contohnya savoury, kismis dan chocolate chips. Untuk perkongsian resepi scone hari ini, kita boleh cuba ketiga-tiga perisa ini.

Kalau nak buat savoury scone, kena tumis setengah labu bawang holland, 1 sudu cili kisar dan 2 batang sosej yang didadu kecil. Perasakan dengan gula, garam dan lada hitam. Dah masak nanti satukan dengan 4 bahan adunan scone biasa.

Agak renyah sedikit berbanding penyediaan scone kismis dan scone chocolate chips. Tak kisah apa saja pilihan atau citarasa anda, yang penning basic scone cuma perlukan 4 bahan sahaja. Jom follow resepi dari Cik Puan Zatil Arip.

Lepas ni kalau craving nak makan scone Cameron Highlands dah boleh cuba buat sendiri dirumah. Tak susah pun! Yang penting boleh lunaskan craving. Anak-anak pun mesti suka dapat kudapan macam ni.

 

RESEPI SCONE HOMEMADE

Musim pkp ni, macam-macam resepi rasanya nak buat. Dah rindu nak pergi bercuti dan berkumpul dengan keluarga. Tak nak sedih-sedih, apa kata kita lihat satu persatu bahan yang diperlukan dalam penyediaa scone ala kafe Cameron Highlands ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan Scone biasa/ plain:
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan susu segar sejuk
  • 1/2 cawan mentega sejuk bergaram (cold salted butter)
  • Homemade buttermilk (1 cawan susu segar + 2 sudu besar jus lemon/limau)

CARA PENYEDIAAN SCONE ALA KAFE CAMERON HIGHLANDS :

▶️ Kalau nak buat savoury scone, tumis dulu 1/2 labu bawang holland, 1 sudu cili kisar dan 2 batang sosej yang didadu kecil.

▶️ Kemudian, perasakan dengan gula, garam dan lada hitam. Ketepikan.

▶️ Parut mentega dan masukkan terus ke dalam tepung. Ramas sampai jadi serbuk roti.

▶️ Kalau nak buat yang berperisa, boleh masukkan bahan pilihan kat step ni. Rujuk gambar.

▶️ Tambah buttermilk dan gaul ala kadar je. Kalau takde bahan perisa, terus je masukkan buttermilk.

▶️ Bentukkan jadi doh dan tekan leper setebal 1-2 inci.

▶️ Tekap guna acuan bulat/ gelas tanpa ‘twist’.

▶️ Susun atas alas bakar dalam loyang.

▶️ Kacau sebiji telur dan 1 sudu air. Kemudian, sapukan pada permukaan doh.

▶️ Bakar pada suhu 200C selama 20 minit atau sehingga keemasan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Panggang Ala-Ala Kenny Rogers Yang Juicy Dan Letops. Bahan Perapannya Memang Kick Kaw-Kaw!

 

Siap untuk dihidang! Wah nak hidangkan keluarga minum petang pun seronok. Sambil minum teh o dihalaman rumah. Kalau nak buat ketiga-tiga perisa pun tak jadi masalah ye. Bakar je sekali.

Untuk masukkan bahan pelbagai perisa, sebelum langkah 3 perlu masukkan bahan tambahan pilihan anda. Barulah diuli sehingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan. Mudahkan!

Lepas ni kalau nak makan scone je, follow resepinya disini. Bila-bila masa nak buat pun boleh. Semoga resepi scone homemade ala Cameron Highlands ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open