Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Apam Berkuah Terengganu Yang Mudah Dan Sedap. Makan Dengan Kuah Berempah Lemak-Lemak Santan Lagi Sedap!
Ada tak penggemar kuih apam kat sini? Kalau sebelum ni korang makan kuih apam biasa, hari ni apa kata korang try buat resepi apam berkuah Terengganu. Memang sedap sangat! Orang ganu panggil kuih apang kuoh, kuih ni antara salah satu menu lama orang Terengganu yang ramai penggemarnya.
Kuih apam ni boleh di masak menggunakan macam-macam cara. Ada yang menggunakan beras, ada juga yang menggunakan tepung. Kuih apam biasanya di makan begitu je, tapi di Terengganu kuih ni akan di makan dengan kuah berempah yang rasa lemak-lemak santan. Memang unik dan lain dari yang lain kuih ni.
Korang yang tak pernah cuba lagi, boleh try buat kat rumah. Mungkin agak renyah bagi sesetengah orang. Tapi ada juga yang kata, mudah sangat nak buat kuih ni. Bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih apam ni agak banyak juga. Korang kena asingkan 2 bahan iaitu bahan untuk kuah dan untuk apam supaya lebih mudah.
Apam ni menggunakan adunan tepung gandum, tepung beras dan pisang yang dikisar halus. Bila dah siap sediakan 3 bahagian bahan. Korang boleh campurkan sekali sehingga menjadi satu adunan apam. Untuk dapatkan tekstur apam yang cantik, korang kena perap adunan 1 jam setengah sebelum di kukus.
Sambil tunggu nak kukus apam, korang bolehlah buat kuah pula. Kuih ni memang syok makan petang-petang. Jom follow step by step cara buat kuih apam berkuah yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramli ni. Confirm menjadi! Yang penting korang ikut sebijik-sebijik cara penyediaannya di sini.
RESEPI APAM BERKUAH TERENGGANU
So, tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Mesti korang dah tak sabar nak cuba kan. Nak buat apam ni wajib buat dengan kuahnya! Barulah rasa keaslian masakan orang Terengganu nanti. Jom try!
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan A :
- Gula merah 2 sb
- Gula putih 2 sb
- Air 1 1/2 cwn
- Nisang besar 1 keping
- Daun pandan 3 helai( optional)
*Masak semua bahan di atas hingga cair.
Bahan B :
- Yis mauripan 1 pek (11 g)
- Gula 1 sb
- Air cwn 1/2
* Masukkan yis bersama gula dan air. Kacau rata, tunggu dalam 10 minit hingga yis mengembang.
Bahan C :
- Tepung gandum 220g
- Tepung beras 220g
- Pisang 150g (dikisar halus)
Bahan kisar untuk kuah :
- Bawang besar 1 biji
- Bawang merah 5 biji
- Lengkuas 1 inci
- Halia 1/2 inci
- Kunyit 1/2 inci
Bahan tumbuk untuk kuah :
- Ketumbar 2 sk (disangai)
- Jintan manis 1 sk (disangai terlebih dahulu)
- Lada hitam 2 sk
- Ikan selayang 3 ekor ( direbus dan diambil isi)
- Rempah masak cap ros 1 sk (optional)
- Santan 1 kotak kecil
- Kerisik 1 sk
- Kelapa parut 1 sb
- Nisang secukup rasa
- Garam gula secukup rasa
- Minyak dan air
CARA PENYEDIAAN APAM BERKUAH TERENGGANU :
Cara penyediaan apam :
▶️ Campurkan kesemua bahan A, B dan C. Kacau rata sampai tiada tepung berketul.
▶️ Perap selama 1 1/2 jam. Sapukan minyak kepada acuan dan kukus selama 20 ke 25 minit bergantung kepada pengukus dan acuan.
▶️ Bila masak sejukkan dulu dalam 10 minit barulah keluarkan.
Cara penyediaan kuah :
▶️ Tumis bahan kisar sampai naik bau.
▶️ Bila dah naik bau, masukkan bahan tumbuk dan rempah. Kemudian, tumis lagi hingga pecah minyak.
▶️ Masukkan 1 cawan air, santan dan 1 cawan air lagi. Kepekatan terpulang pada citarasa masing-masing.
▶️ Kemudian, masukkan ikan, kelapa parut, kerisik, nisang, garam dan gula. Kuah hendaklah tidak terlalu cair dan terlalu pekat.
▶️ Siap utk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Putih Yang Paling Mudah Dan Confirm Terangkat. Ratah Macam Tu Pun Sedap!
Mudah je kan nak buat apam berkuah ni! Sekali sekala tukar citarasa masakan Terengganu syok juga kan. Rasa apam tu ada rasa pisang. Sebab kita akan campur pisang yang dikisar dalam adunannya. Anak-anak nak makan macam tu je tanpa kuah pun boleh.
Untuk pengetahuan, Encik Muliadi Ramli ni memang gemar berkongsi masakan di wall Facebook miliknya. Ada macam-macam lagi resepi menarik dari Terengganu korang boleh cuba. Next time kalau ada kesempatan, kita cuba buat rojak betik Terengganu pula.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi apam berkuah Terengganu yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Korang yang suka try macam-macam resepi, boleh save siap-siap resepi ni. Selamat mencuba semua!