Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Masak Tahun Atau Taun Ayam Yang Paling Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Lagi Sedap!

0 150

Ada tak yang pernah cuba resepi masak tahun atau taun ayam kat sini? Biasanya masak tahun ni akan di masak menggunakan kerang. Tapi kali ni kita tukar guna ayam pula. Resepi ni hampir menyerupai masak lemak, tapi bukan ayam masak lemak ye. Warnanya je hampir sama. Tapi cara penyediaannya berbeza.

Masak tahun ni memang agak unik dan istimewa. Boleh juga di masak menggunakan daging, perut dan macam-macam lagi. Dikatakan masak tahun ini merupakan makanan tradisional orang Jawa yang sudah pasti ramai penggemarnya. Masakan ini juga perlu di masak pedas menggunakan cili padi atau pun cili burung. Barulah sedap!

Tapi untuk korang yang tak tahan dengan rasa pedas, korang boleh kurangkan pengguna cili ikut citarasa masing-masing. Ada juga yang menjualnya di kedai-kedai makan dan restoran. Tapi tak semua kedai makan ada buat lauk ni. Susah juga nak jumpa.

Yang nak try, boleh buat sendiri kat rumah. Follow je resepinya di sini.  Masak tahun ni memang sedap tau! Lagi di panaskan, lagi sedap rasanya. Kalau makan dengan nasi putih panas-panas, confirm korang nak makan lagi. Dari segi tekstur pula, kuahnya agak cair di bandingkan dengan masak lemak cili api.

Resepi masak tahun atau taun ayam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noratiqah Nordin. Nampak menarik sungguh masakan ni. Nak hidang untuk lauk tengahari, lauk malam atau di majlis-majlis rumah terbuka pun boleh. Jom masak!

 

RESEPI MASAK TAHUN ATAU TAUN AYAM 

Ayam yang digunakan dalam masak tahun ni perlu di goreng terlebih dahulu sebelum di masak menggunakan santan dan bahan-bahan lain. Mesti korang tak sabar nak masak kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dan step by step cara penyediaanya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Cili segenggam (tumbuk)
  • 2 biji Bawang merah (hiris)
  • 2 ulas Bawang putih (hiris)
  • 1 kotak santan
  • Lengkuas (hiris) kene banyak
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Sedikit asam jawa
  • Garam dan gula
  • 1/2 ekor ayam d gaul dengan kunyit dan garam

CARA PENYEDIAAN MASAK TAHUN ATAU TAUN AYAM :

▶️ Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.

▶️ Kemudian, tumis cili dulu.

▶️ Bila dah masak, masukkan lengkuas, bawang merah dan bawang putih. Gaul hingga naik bau.

▶️ Masukkan ayam yang dah digoreng.

▶️ Masukkan santan dan air ikut kepekatan masing-masing. Masukkan 2 cawan air pun dah okey sangat.

▶️ Bila dah masak sikit, masukkan kiub ikan bilis.

▶️ Masukkan asam jawa.

▶️ Last sekali masukkan garam dan gula sedikit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Apam Berkuah Terengganu Yang Mudah Dan Sedap. Makan Dengan Kuah Berempah Lemak-Lemak Santan Lagi Sedap!

 

Wah! Dah siap masak tahun atau taun ayam kita. Hidang dengan nasi putih panas-panas confirm bertambah-tambah dibuatnya. Curah kuah lebih kat atas nasi nanti. Mesti lagi sedap! Masak tahun ni korang nak ganti dengan lauk lain seperti kerang, perut, pedal, kulit, hati ataupun ikan bilis pun boleh.

Untuk pengetahuan korang, Cik Puan Noratiqah Nordin ni sangat gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Korang memang kena ushaa kat wall Facebook beliau. Ada macam-macam lagi resepi menarik korang boleh cuba nanti. Semua nampak sedap-sedap belaka. Next time kita boleh cuba yang lain lagi.

Ribuan terima di ucapkan kepada Cik Puan Noratiqah Nordin kerana sudi berkongsi resepi masak tahun atau taun ayam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Nak masak bila-bila pun boleh. Jangan lupa like dan share okey. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open