Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Harimau Menangis Versi Paling Simple. Rahsia Hasilkan Daging Yang Juicy!

Daging harimau menagis marvelous
0 3,776

Pernah makan daging harimau menangis? Ramai yang keliru daging harimau ke yang digunakan. Ofcourse lah daging lembu yang digunakan dan biasanya orang gunakan bahagian yang paling lembut dan paling sedap iatu batang pinang.

Sekarang ni ramai yang dah menjual daging harimau menangis ni. Balik rumah tinggal panaskan atau grill je atas pemanggang. Boleh dapatkan jika ada yang nak dapatkan. Tapi resepi harimau menangis ni ada yang kongsikan version paling simple.

Bagi sesetengah orang yang malas nak membeli, dengan harga yang sedikit mahal nak jugak cuba buat sendiri dekat rumah dengan menggunakan bahan yang ada.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Aini Ismail ni, senang nak follow dan simple je bahan-bahan yang digunakan. Rasa dia? Haruslah cuba dulu dan menangis tak cukup tau!

 

RESEPI DAGING HARIMAU MENANGIS PALING SIMPLE

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 300 gram daging
  • ½ sudu kecil maggie cukup rasa
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih atau lada hitam
  • 1 sudu kecil sos ikan atau serbuk pati ikan bilis
  • ½ sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minya masak
  • 3 hiris halia untuk lembutkan daging
  • Kicap manis

CARA PENYEDIAAN DAGING HARIMAU MENANGIS PALING SIMPLE :

▶ Mula-mula sekali potong daging tu nipis-nipis je. Kalau tak cukup boleh tambah lagi tau dan double up kan portion. Untuk 300 gram ni, sesuai dimakan untuk 3 orang. Basuh daging bersih-bersih

▶ Kemudian, masukkan dalam bekas dan perapkan dengan semua bahan-bahan di atas kecuali kicap manis.

▶ Perap selama 1 jam atau lebih. Lebih lama perap lebih sedap dan bahan perapan pun akan lebih menyerap ke dalam daging kita.

▶ Seterusnya, panaskan kuali non stick. Tak perlu letakkan minyak hanya letak daging kita tadi ke dalam kuali. Gunakan api yangs ederhana sahaja. Jangan terlalu besar risau akan cepat hangit sedangkan daging belum masak.

▶ Keluarkan hirisan halia dan grill daging sampai habis dan sampai air perapan kita kering

▶ Bila dah hampir kering, perlahankan api. Renjis sedikit kicap manis. Jangan banyak sangat sebab kita nak bagi ada rasa garing dan smoke sikit.

▶ Boleh cuba rasa, jika daging dah masak boleh lah padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Kerepek Batang Pisang Yang Rangup Dan Crispy! Resepi Unik Tapi Memang Terangkat!

Dah siap dagingnya, mestilah kena ada pencicahnya yang sedap dan padu! Ini resepi nak buat sos pencicah daging harimau menangis ni.

BAHAN SOS :

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi merah
  • Sedikit gula manisan ( gula nise)
  • Akar ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN SOS PENCICAH :

▶ Mula-mula tumbuk hancur cili padi, bawang putih, akar ketumbar dengan gula nisan.

▶ Kemudian, daun ketumbar tu hiris halus-halus je.

▶ Masukkan dalam satu bekas gaulkan semua bahan sampai sebati. Masukkan sekali perahan jus limau nipis, sos ikan dan juga garam. Kacau lagi.

▶ Siap dan sedia dihidangkan!

Daging harimau menangis ni, nak makan dengan nasi putih sahaja pun sedap. Nak ratah macam tu pun memang laju licinnya. Sambil grill tu pun dah berapa kali kita rasa kan. Hehe.

Kepada yang nak belajar buat resepi daging harimau menangis versi simple dan awesome ni, bolehlah follow step by step dari resepi yang saya kongsikan ni.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Kepada yang nak mencuba, saya ucapkan selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open