Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Karipap Pusing Versi Bulat Buat Kudapan Minum Petang Bersama Keluarga. Rangup je Hasilnya!  

0 462

Dah biasa sangat buat karipap pusing versi biasa. Kali ni kita cuba follow resepi karipap pusing versi bulat pula. Sama je rasanya tapi bentuknya saja berbeza. Karipap pusing sangat ramai penggemarnya. Lebih garing dari adunan karipap biasa.

Dua jenis adunan diperlukan dalam penyediaan karipap pusing iaitu adunan doh minyak dan adunan doh marjerin. Kedua-dua doh ini akan digabungkan dan di canai dengan teknik yang betul.

Tujuannya untuk mendapatkan tekstur berjalur dan garing pada karipap. Tak ramai yang suka buat, sebab mereka beranggapan agak renyah menyediakannya. Mereka lebih memilih membelinya diluar dari menyediakannya sendiri dirumah.

Dialu-alukan pada mereka penggemar karipap pusing untuk mencuba resepi ini dirumah. Mudah je! Follow sebijik-sebijik perkongsian dari Cik Puan Iesya Aisyah ini. Confirm menjadi!

Bila buat sendiri dirumah, kita boleh makan karipap yang masih panas-panas. Kurangkan membeli diluar dalam keadaan pendemik covid-19 sekarang ni. Beli yang frozen pun tak kan sama dengan yang kita buat sendiri.

 

RESEPI KARIPAP PUSING VERSI BULAT

Sambil-sambil duduk dirumah, bolehlah asah skill memasak. Pelbagai resepi boleh dicuba termasuklah karipap pusing versi bulat ini. Anak-anak mesti tertanya-tanya adakah ini karipap? Comel je jadinya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan doh minyak :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak panas
  • Air secukupnya
  • Secubit garam (bancuh sekali dalam air)

 

Bahan untuk doh marjerin :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar minyak masak panas
  • Marjerin secukupnya

CARA PENYEDIAAN KARIPAP PUSING VERSI BULAT :

▶️ Untuk doh minyak panas, masukkan minyak masak panas ke dalam tepung dan gaul rata tepung.

▶️ Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh dan tak melekat pada tangan. Rehatkan doh sekejap.

▶️ Untuk doh marjerin pula, masukkan marjerin ke dalam tepung.

▶️ Kemudian, masukkan minyak masak panas dan gaul rata semua bahan dan uli.

▶️ Tambah marjerin sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

▶️ Bulatkan kedua-dua doh tersebut.

▶️ Leperkan doh minyak. Masukkan doh marjerin ke dalam doh minyak.

▶️ Balut dan tutup doh marjerin dengan kemas.

▶️ Leperkan macam ni. Gulung doh yang dileperkan hingga jadi bentuk memanjang.

▶️ Potong doh memanjang tersebut kepada dua bahagian.

▶️ Gelek dan leperkan doh sehingga menjadi nipis. Kalau ada papan atau talam yang lebih besar lagi senang kerja. Gulung lagi sekali. Sehingga menjadi seperti ini.

▶️ Kemudian potong doh kepada beberapa bahagian.

▶️ Gelek dan leperkan lagi . Waktu ni dah nampak tekstur kulit karipap yang berpusing. Leper sampai macam ni. Nampak kan pusingan tu.

▶️ Sebiji karipap kena ada dua keping kulit. Satu atas satu bawah. Inti akan letak di tengah-tengah.

▶️ Tutupkan bahagian atas karipap dengan sekeping lagi doh yang dileperkan. Tekan-tekan hujung doh tu supaya tak terkeluar inti nanti. Kelim bahagian tepi.

▶️ Ok dah sedia nak goreng. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Sambal Petai Semudah Abc. Makan Dengan Nasi Panas-Panas Lagi Sedap!

 

Siap untuk dihidang panas-panas. Syok sangat minum petang dengan karipap pusing yang rangup ni. Ditambah pula dengan kopi o panas. Layan je petang-petang. Sukatan karipap pusing ni boleh dapat dalam 10 biji karipap ye.

Kalau nak buat lebih pun takpe. Boleh lebihkan sukatan. Buat 20 biji, kalau tak nak goreng semua pun takpe. Frozenkan je. Pagi-pagi sebelum kerja boleh goreng karipap pusing yang telah difrozenkan semalam.

Karipap biasa memang tak leceh nak buat, tapi tak dapat rasa rangup macam karipap pusing ni.  Lepas ni dah boleh buat karipap pusing secara homemade. Memang puas hati! Semoga resepi karipap pusing versi bulat ini bermanfaat. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open