Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Sambal Petai Semudah Abc. Makan Dengan Nasi Panas-Panas Lagi Sedap!

0 3,555

Ada yang suka makan petai? Of cource ramai penggemar ulam ni. Biasanya dimakan dengan sambal belacan dan dijadikan ulam-ulaman. Tapi, kali ni kita akan ikuti perkongsian resepi ayam sambal petai pula.

Selain menggunakan ayam, anda juga boleh menggunakan lauk lain seperti udang. Sambal udang petai namanya. Tak kurang juga enaknya. Dapat pula udang yang fresh. Seronok! Tapi untuk mereka yang tak boleh makan seafood, bolehlah cuba resepi ni.

Bahan memasak yang digunakan tak renyah. Yang penting bahan utama resepi ni adalah ayam dan juga petai. Manakala bahan lain pula adalah bahan memasak yang mungkin sudah tersedia didapur anda.

Petai antara jenis ulaman yang banyak manfaatnya. Antaranya dapat menambah stamina, melancarkan pencernaan, untuk kesihatan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi.

Untuk mereka yang kurang gemar makan petai seperti ulam-ulaman yang lain, apa kata anda follow resepi ayam sambal petai yang dikongsikan oleh Cik Puan Fairuz Abu Hassan ini. Confirm boleh makan petai tu.

 

RESEPI AYAM SAMBAL PETAI

Resepi ini cukup ramai penggemarnya. Dimakan dengan nasi putih panas dan dituangkan sedikit kicap manis, boleh terangkat dibuatnya. Tanpa melengahkan masa lagi jom kita lihat bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 biji Bawang besar (dipotong bulat)
  • 4 biji Bawang merah (dikisar)
  • 6 ulas Bawang putih (2 ulas dikisar dengan bawang merah, 4 ulas lagi dicincang halus)
  • Petai (Ikut berapa banyak yang anda suka)
  • 2 ke 4 keping asam keping (ikut citarasa)
  • 2 sudu Cabai (dikisar)
  • Ayam (digoreng)
  • Kentang (digoreng)

CARA PENYEDIAAN AYAM SAMBAL PETAI :

▶️ Tumis bawang putih sampai garing.

▶️ Masukkan bahan kisar dan masak sampai agak kering.

▶️ Masukkan cabai kisar dan masak sampai pecah minyak.

▶️ Letak asam keping, gula dan garam.

▶️ Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng, petai dan bawang besar.

▶️ Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Masalodeh Yang Mudah Dan Sedap. Rangup Diluar Dan Gebu Didalam!

 

Semudah ABC cara penyediaannya! Beliau turut meninggalkan tips iaitu untuk mendapatkan tekstur kuah yang sedikit gelap, anda boleh mencampurkan sedikit kicap ataupun sos tiram secukupnya.

Petai yang dimasak dengan sambal ini tak terasa sangat pahitnya. Rasanya tak sama seperti petai yang dimakan begitu saja. Yang tak suka makan petai, anda boleh cuba untuk makan dengan follow resepi ini. Confirm boleh makan!

Walaupun petai mempunyai bau yang tak menyenangkan, tapi terlalu banyak khasiatnya. Jadi, rajin-rajinkanlah makan petai untuk lebih sihat. Semoga resepi sambal ayam petai ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open