Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Kembung Kukus Cicah Air Asam. Masakan Kampung Yang Wajib Kita Cuba!
Kalau dihidangkan dengan masakan air asam memang jarang nak tolak. Makanan kampung macam ni, sedapnya tu memang tak tertahan!
Ada orang suka hidangkan dengan ikan rebus, ada juga yang suka makan dengan ayam rebus. Atau daging rebus pun sedap! Serious kalau yang belum pernah cuba, wajib rasa masakan air asam ni.
Nak lagi sedap, letak kerisik sikit. Fuuh! Memang terangkat lah rasanya. Tapi untuk perkongsian ni, saya nak kongsikan resepi dari Cik Puan Wann Rashidah yang share macam mana nak buat ikan kembung kukus dengan air asam.
Tak payah makan dengan lauk lain. Hidangkan nasi panas dengan lauk ni pun dah cukup sedap dan boleh buat kita tambah dua tiga kali!
RESEPI IKAN KEMBUNG KUKUS DENGAN AIR ASAM PEDAS
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 3 ekor ikan kembung
BAHAN AIR ASAM :
- Asam jawa
- Air masak
- Bawang besar
- Tomato
- Cili api
- Garam
- Belacan (optional)
CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG KUKUS DENGAN AIR ASAM PEDAS :
▶ Mula-mula sekali, bersihkan ikan. Keluarkan isi perut dan kukus sampai masak.
▶ Kemudian, poong dadu tomato, bawang besar dan hiris nipis cili padi. Cili padi ni boleh tambah lagi jika memang suka pedas.
▶ Masukkan bahan dalam mangkuk dan curahkan air asam jawa, sedikit air masak dan juga picit belacan.
▶ Jika suka, masukkan kerisik dan gaul semua sekata,
BACA JUGA: Resepi Daging Harimau Menangis Versi Paling Simple. Rahsia Hasilkan Daging Yang Juicy!
▶ Masukkan sedikit garam dan gula untuk sebatikan rasa.
▶ Kalau di kampung, mak nenek kita gaulkan pakai tangan je sebab sambal ramas bawang, kerisik dan sebagainya. Tapi tak ada masalah, boleh juga gaulkan menggunakan sudu atau senduk.
▶ Ikan yang siap dikukus tadi, letakkan dalam pinggan.
▶ Curahkan air asam ke atas ikan tersebut. Biarkan seketika supaya air asam meresap ke dalam ikan kita.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Cara nak buat air asam ni sama je. Jadi bolehlah gunakan untuk dibuat dengan daging rebus ke, ayam kukus ke. Semuanya sedap! Terpulang kepada kita.
Untuk yang baru nak belajar buat sambal air asam ni, boleh follow je resepi yang saya kongsikan ni. Simple cara nak buat, bahan mudah yang digunakan dan rasa dia comfirmlah sedap!
Sharekan resepi ni di wall facebook supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaat dari perkongsian kali ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!