Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Masak Asam Pedas Ayam. Garenti Jadi!

Asam pedas ayam sedap
0 2,212

Biasanya masak asam pedas mesti ikan pari lah ikan kembung lah. Tapi kali ni kena cuba buat masak asam pedas ayam pulak. Bukan biasa-biasa rasanya. Confirm akan suka walaupun baru pertama kali rasa.

Kalau tak percaya, boleh cuba dulu. Walaupun bunyinya unik dan risau pelik rasa dia, jangan risau sebab lama kelamaan mesti jadi salah satu masakan kegemaran dekat rumah kita.

Nak buat asam pedas ayam ni sama je dengan asam pedas ikan. Bezanya Cuma gunakan ayam dalam masakan asam pedas ni. Bila makan ayam tu, memang padu sebab kuah asam pedas menyerap masuk ke dalam ayam kita.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Haja Saleh ni, betul-betul membantu. Step bystep dia ajar dan kongsikan supaya kita faham dan mudah nak ikut. Yang beliau kongsikan ni adalah cara dia. Sebab saya tahu, lain orang lain caranya kan.

Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan Langkah nak buat asam pedas ayam ni. Jika nak buat sikit, boleh kurangkan dan jika nak buat lebih boleh gandakan.

 

RESEPI MASAK ASAM PEDAS AYAM

Kalau sekali buat pun boleh terus menjadi sedap dan family suka, confirm lepas ni tak yah cari asam pedas di Melaka dah. Buat dari dapur kita sendiri pun dah padu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 10 -11 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Daun kesum
  • Bunga Kantan
  • Sedikit belacan
  • Daun limau purut
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 50 gram asam jawa
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN MASAK ASAM PEDAS AYAM :

▶ Mula-mula sekali, potong ayam dan basuh bersih. Toskan sekejap.

▶ Kisar bawang putih dan bawang merah sehingga hancur lumat

▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai kering dan garing.

▶ Bawang dah betul-betul masak, masukkan cili kisar. Tumis 3 kali. Masak sampai kering, masukkan air, dan masak lagi sampai naik minyak. Masukkan air dan masak lagi. Sampai cukup 3 kali tumis ye.

▶ Kemudian, masukkan daun kesum, daun limau purut, bunga kantan dan belacan. Kacau sampai sebati semua bahan.

▶ Seterusnya masukkan ayam tadi. gaul sampai semua sekata je. Biarkan ayam masak. Nanti air ayam akan keluar.

▶ Ayam dah empuk dan masak, masukkan serbuk lada hitam dan juga garam. Kacau sebati.

▶ Biarkan kuah mendidih seketika. Masukkan bancuhan air asam jawa. Dan kacau kuah biar dia mesra.

▶ Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.

BACA JUGA: Cara Buat Cekodok Pisang Super Sedap. Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Makan ayam masak asam pedas ni, hidangkan dengan nasi panas-panas. Barulah ngam makan. Ada yang suka masukkan tomato atau bendi sebagai bahan tambahan. Memang ramai yang suak lah terutama mak ayah kita.

Biasanya nak cari asam pedas pior ni dekat Melaka je kan. Kata orang memang tempatnya. Tapi insyaAllah lepas ni di mana pun kita berada kita boleh hasilkan rasa asam pedas yang marvellous. Sesuai dengan tekak kita.

Kalau ada yang nak cuba, boleh try follow resepi masak asam pedas ayam ni. Simple tapi serious sedap! Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open