Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Negeri Sembilan. Masak Pedas-Pedas Lagi Sedap!

0 261

Hari ni nak try resepi siput sedut masak lemak Negeri Sembilan. Tapi kali ni nak campur kentang. Huuu! Mesti sedap kan. Jumpa resepi ni kat Facebook. Nampak je siput sedut atau belitung masak lemak, terus terliur dibuatnya. 

Korang tau tak masak lemak atau masak lemak cili api Negeri Sembilan ni tak menggunakan sebijik bawang pun. Memang rare kan. Sedangkan bawang tu merupakan bahan asas dalam masakan. Orang kata, takde bawang tak sedap la. 

Try korang masak resepi lemak cili api tanpa bawang macam orang Negeri Sembilan. Sedap weh! Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Sampai kuah licin dihirup. Masak lemak ni lagi pedas, lagi sedap. Barulah terangkat. 

Resepi siput sedut masak lemak Negeri Sembilan ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nur Azura Mahadi. Nampak simple dan mudah nak faham. Cuma nak siang siput ni je agak renyah sedikit. 

Siput ni pun kena siang jugak tau. Potong hujungnya untuk mudahkan kita nak sedut. Makan siput sedut ni memang nikmat. Lagi-lagi di masak lemak. Nak pedas, tak nak pedas terpulang. Tapi yang pedas tu la sedap di makan. Betul tak?

 

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK NEGERI SEMBILAN

Masak lemak kali ni kita akan campur dengan kentang. Rasa kuahnya akan manis sedikit. Jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan. Step penyediaannya jugak seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 kg siput sedut (rendam seketika letak garam dan basuh bersih bersama limau nipis)
  • Daun kunyit
  • Serai 3 batang
  • Santan dari sebiji kelapa
  • Sebiji ubi keledek (dipotong-potong)
  • Garam
  • 3 keping asam keping
  • 1 gengam cili padi*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 sudu lada hitam*

CARA PENYEDIAAN SIPUT SEDUT MASAK LEMAK NEGERI SEMBILAN :

▶️ Bahan-bahan bertanda * ditumbuk.

▶️ Masukan siput sedut bersama bahan ditumbuk dan ubi keledek dimasak seketika.

▶️ Lepastu masukan santan dan serai yang dititik.

▶️ Biarkan mendidih smbil dikacau seketika.

▶️ Bila santan sebati dan masak. Kecilkan api dan masukan daun kunyit dan garam secukup rasa.

▶️ Masukkan pulak asam keping.

▶️ Masak sehingga ubi keledek empuk. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Mini Burger Guna Mantou Yang Senang Dibuat. Kecik Comel Je Saiznya, Sedap Pulak Tu!

 

Nak hilangkan bau hanyir kat siput tu kena rendam dan perah limau. Rendam kejap bagi hilang bau hanyir tu. Takde la spoil mood korang nak makan nanti. Dapat yang fresh baru kutip lagi syok nak makan. 

Ada je kedai makan yang jual lauk ni untuk makan tengahari. Tapi segan jugak nak sedut banyak-banyak siput ni kat kedai makan. Nak makan banyak pun malu. Elok masak sendiri kat rumah.

Ribuan terima kasih di ucapan kepada Cik Puan Nur Azura Mahadi kerana sudi berkongsi resepi siput sedut masak lemak Negeri Sembilan ni kat sini. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open