Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Ayam Goreng Crispy 3 Bahan. Anak-Anak Comfirm Suka!

Resepi ayam crispy 3 bahan
0 6,561

Kalau buat ayam goreng mesti pilih nak yang crispy. Tarik kulit dan tepung yang digoreng tu memang boleh buat gaduh kalau kene curi kan. Nak beli KFC, McD nanti banyak juga ongkosnya. So, kita buat sendiri je.

Kalau kita tengok dekat facebook atau google, ramai yang kongsikan dia resepi dan cara nak buat ayam goreng rangup. Ada yang share tip macam mana nak bagi kekal rangup walaupun dah sejuk. Ini yang paling syok kan.

Ye lah, kadang-kadang tu, bila ayam dah sejuk, lemau je tengok ayamnya. Crispy apatah lagi, memang hilang kerangupan dia. Ada yang tahu dan ada yang tak tahu tip dan cara nak buat ayam goreng crispy ni.

Jom saya nak kongsikan resepi yang disharekan oleh Cik Puan umie Nurhayati ni. Gunakan tepung jagung dalam gorengan ayam. Kalau sebelum ni saya tengok ada yang gunakan tepung beras.

Menariknya, nak buat ayam goreng crispy kali ni, hanya gunakan 3 bahan sahaja. So, apa bahan-bahan yang digunakan, boleh tengok list yang saya kongsikan dekat bawah.

 

RESEPI AYAM GORENG CRISPY 3 BAHAN

Selain ayam, nak gunakan campuran bahan-bahan ni untuk goreng udang atau sotong pun boleh. insyaAllah melekat elok je.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ½ ekor ayam
  • 1 kg tepung protein tinggi
  • 250 gram tepung jagung
  • Secukup rasa / Pasti Sedap

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG CRISPY 3 BAHAN :

▶ Mula-mula potong dan basuh ayam bersih-bersih. Toskan sekejap.

▶ Kemudian, campurkan tepung protein tinggi, tepung jagung dan serbuk perasa. Gaulkan bahan-bahan ni.

▶ Ambik sedikit dari campuran tepung tadi, dan bancuh dengan sedikit air. Sebab kita nak celupkan dia nanti.

▶ Ambil ayam, golekkan atas tepung. Celup dalam bancuhan tepung dan golekkan semula dalam campuran tepung. Kering, basah dan kering semula. Boleh salut beberapa kali jika suka tepungnya banyak.

▶ Goreng dalam minyak panas. Minyak tu pastikan betul-betul panas, baru masukkan ayam.

BACA JUGA: Cara Buat Masak Asam Pedas Ayam. Garenti Jadi!

▶ Bila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan.

TIP AYAM MASAK SEKATA :

▶ Untuk ayam masak sekata elok je, minyak pastikan betul-betul panas.

▶ Kemudian, goreng 5 minit dengan api besar. Then, perlahan api kepada paling kecil dan goreng dalam 15- 20 minit.

▶ Sebelum angkat, besarkan api 5 minit lagi. Barulah angkat dan toskan minyak.

▶ Kalau nak pedas, boleh tambah serbuk lada kering atau cili flake dalam campuran tepung ye.

Mudah je rupanya nak hasilkan ayam goreng crispy macam KFC atau McD ni. Buat sendiri dekat rumah ianya lebih jimat dan anak-anak pun suka. Sesekali nak beli tak ada masalah. Yang jadi masalah bila hari-hari anak minta. Hehe

Jadi, boleh guna resepi ni untuk yang mana nak cuba buat ayam goreng crispy sedap dan marvellous ni. Resepi mudah dan simple. Dah tahu resepi ni, nak buat selalu pun boleh kan. Sesekali cuba resepi baru apa salahnya.

Saya ucapkan selamat mencuba buat semua yang nak try buat ayam goreng crispy menggunakan 3 bahan ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open