Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Confirm Sedap. Sampai Licin Pinggan Dibuatnya!
Semalam dok sembang dengan member, katanya try la resepi nasi ayam Hainan ni. Sedap! Nak buat nasi ayam Hainan ni tak susah mana pun. Resepi dah lengkap. Siap dengan sambal merah, sambal hijau dan sos lagi. Confirm bertambah-tambah dibuatnya!
Hari tu plan memang nak masak nasi ayam. Tapi, alang-alang dah member cerita resepi nasi ayam Hainan ni sedap. Aku pun terus usha resepi dan tengok bahan-bahan masak dia. Rupanya boleh guna satu jenis periuk yang aku pernah jumpa kat Shopee.
Try korang tengok multicooker ni. Murah je! Boleh beli untuk korang nak masak-masak nasi ayam. Lagi mudah kerja korang! Apa beza antara nasi ayam dan nasi ayam Hainan? Rasanya tang cara masak ayam je berbeza kan. Yang lain semua sama.
Kalau salah mohon betul kan ye. Ayam yang ada kat nasi ayam akan digoreng dengan kicap dan sos selepas di rebus. Manakala ayam dalam nasi ayam Hainan hanya perlu di rebus dan di rebus lagi untuk dapatkan teksturnya yang lembut.
Resepi nasi ayam Hainan yang kita nak tengok hari ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Viral sampai 3.3k tau resepi ni. Ramai yang teringin nak buat kat rumah. Buat sendiri je, lagi puas hati betul tak?
RESEPI NASI AYAM HAINAN
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan nasi ayam Hainan yang viral ni. Bahan-bahan dan step memasak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan rebusan ayam :
- Air
- 1 kiub pati ayam
- Tigh ayam
- Daun bawang
- Hirisan halia
Bahan nasi ayam :
- Kulit
- Lemak ayam
- Kayu manis
- Cengkih
- Beras
- Garam
Bahan untuk sos :
- 2 sudu sos tiram
- 3 sudu kicap cair (bukan kicap lemak manis)
- 2 sudu minyak bijan
- Bancuhan air tepung jagung
Bahan untuk sambal hijau :
- Halia
- Cili hijau 3 tangkai
- Daun bawang
- Garam
- Minyak bijan
Bahan untuk sambal merah :
- Cili besar 2 tangkai
- Cili merah kecik dalam 8 tangkai
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- Air rebusan ayam
- Cuka sesudu
- Garam
- Gula
Bahan untuk sup :
- Air rebusan ayam
- Garam
- Hirisan daun bawang
- Beberapa titik minyak bijan
CARA PENYEDIAAN NASI AYAM HAINAN :
Cara penyediaan nasi dan ayam rebus :
▶️ Perkara pertama perlu dimasak adalah air rebusan ayam. Rebusan ini yang menjadi asas pada masakan untuk nasi, sup dan sos sambal.
▶️ Panaskan setengah air di dalam periuk dan masukkan satu kiub pati ayam. Tak perlu garam. Tunggu sehingga air mendidih, baru masukkan tigh ayam, daun bawang dan hirisan halia. Direbus selama 20 minit.
▶️ Sementara itu, panaskan kuali. Goreng kulit dan lemak ayam, kemudian campak kayu manis serta cengkih. Lemak dari ayam ini akan kecut dan hasilkan minyak.
▶️ Basuh dan bilas beras. Masukkan ke dalam kuali dan kacau sehingga kering.
▶️ Beras yang sudah kering dimasukkan ke dalam rice cooker. Tuang sedikit demi sedikit air rebusan ayam ke atas nasi, seperti kebiasaan tanak nasi dan taburkan sedikit garam.
▶️ Ambil ayam rebus dan kukus pula di atas nasi supaya ayam dimasak lebih lama dan lembut.
▶️ Nasi ayam yang telah siap.
▶️ Ayam rebus yang dikukus tadi, di potong kecil dan susun di atas pinggan.
▶️ Tuangkan sos ke atasnya.
Cara penyediaan sos :
▶️ Campur 2 sudu sos tiram, 3 sudu kicap cair (bukan kicap lemak manis), 2 sudu minyak bijan dan bancuhan air tepung jagung.
▶️ Kacau sebati dan masak sehingga likat. Kemudian boleh tuang ke atas ayam.
Cara penyediaan sambal hijau :
▶️ Perlu ada halia sikit, cili hijau tiga tangkai, daun bawang dan minyak bijan.
▶️ Mula-mula tumbuk halia dan cili hijau. Bila dah hancur masukkan hirisan daun bawang, sedikit garam dan minyak bijan.
▶️ Kacau-kacau sebati, siap!
Cara penyediaan sambal merah :
▶️ Bahan yang kena ada cili besar 2 tangkai, cili merah kecik dalam 8 tangkai, 3 ulas bawang putih, sedikit halia.
▶️ Potong-potong kemudian masuk dalam blender, masukkan sedikit air rebusan ayam, cuka sesudu, garam gula.
▶️ Blend sampai jadi sambal. Siap!
Cara penyediaan sup :
▶️ Air rebusan ayam tadi tu, campur sikit je garam. Sup ni tak perlu masin sangat tau, macam asal ada je janji aroma stok ayam tu kuat.
▶️ Lepas tu, bila hidang tu taburkan hirisan daun bawang dan beberapa titik minyak bijan.
▶️ Hidangan lengkap nasi ayam Hainan. Siap!
BACA JUGA : Resepi Nasi Punten Viral Dan Sambal Hujau Cili Padi. Try Buat Kat Rumah Je, Mudah Rupanya!
Okey dah siap pun nasi ayam Hainan kita ni. Kalau plan nak buat makan-makan dengan family, korang boleh buat nasi ayam Hainan yang dah lengkap ni. Mesti semua orang suka! Kalau makan kat luar kena get ready nak tengok harga je. Mesti mahal kan!
Wah! Patutlah viral resepi ni. Korang tengok je hasil dia macam mana. Semua hidangan nampak menyelerakan. Mungkin agak banyak benda nak di siapkan. Tapi daripada air rebusan tu semua benda ni korang boleh hasilkan. Takde la susah sangat kan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zurina Zulkefli kerana sudi berkongsi resepi nasi ayam Hainan yang lengkap dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian resepi bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!