Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Punten Viral Dan Sambal Hujau Cili Padi. Try Buat Kat Rumah Je, Mudah Rupanya!
Kat Malaysia baru ni viral pasal nasi punten. Dijual oleh seorang lelaki bertopi sayap yang dikenali sebagai abang bahulu. Try la korang buat punten ni kat rumah. Follow je resepi nasi punten viral dan sambal hijau cili padi ni kat sini. Confirm korang suka!
Aku pun baru nak try buat nasi punten nikat rumah. Sebelum ni nampak orang share kat Tik Tok je. Sampai orang beratur panjang la nak beli punten ni kat abang bahulu. Hari-hari jualan dia habis tau. Punten ni sesuai dihidang untuk breakfast.
Punten adalah makanan tradisional khas Jawa Timur. Bahan utama punten ni adalah beras yang ditanak dengan santan, daun salam, dan garam. Bila dah masak, nasi tadi akan di tumbuk hancur dan dibentukkan. Makan punten ni dengan sambal hijau cili padi memang sedap.
Ada yang kata rasa nasi punten ni macam nasi lemak. Nak jugak pegi beli. Tapi nak pegi kat abang bahulu tu jauh jugak. So, terpaksa la aku try buat sendiri kat rumah. Nak merasa jugak makanan viral ni. Resepi lengkap dengan sambal sekali.
Resepi nasi punten viral dan sambal hijau cili padi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Tuan Adriana Arissa. Benda viral, kat mana-mana pun banyak share. Betul tak? Korang yang teringin nak makan punten try la resepi ni nanti.
RESEPI NASI PUNTEN VIRAL DAN SAMBAL HIJAU CILI PADI
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan nasi punten ni. Resepi sambal hijau cili padi pun ada sekali. Follow step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk nasi punten :
- 2 cawan beras (direndam semalaman. Tak rendam pun takpe)
- 2 cawan santan
- 4 cawan air
- 1 sb butter
- Garam
- Daun pandan
Bahan untuk sambal hijau cili padi :
- 1 cawan ikan bilis
- 1 biji bwg besar*
- 3 ulas bwg putih*
- 4 ulas bwg merah*
- 1 inci halia*
- Belacan*
- 30 biji cili api hijau*
- Sedikit air asam jawa
- Gula (guna nisan)
- Garam (jika perlu tambah)
CARA PENYEDIAAN NASI PUNTEN VIRAL DAN SAMBAL HIJAU CILI PADI :
Cara penyediaan nasi punten :
▶️ Masak seperti nasi biasa.
▶️ Dah masak terus tumbuk-tumbuk dan bentukkan.
Cara penyediaan sambal hijau cili padi :
▶️ Blend atau tumbuk semua bahan bertanda *. Tumis semua bahan-bahan tersebut.
▶️ Tumis sehingga pecah minyak dan bahan-bahan tadi betul-betul masak.
▶️ Kemudian, masukkan air asam jawa dan gula. Boleh tambah garam jika kurang masin.
▶️ Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi punten.
BACA JUGA : Resepi Udang Kam Heong Yang Beraroma, Sedap Dan Berempah. Confirm Licin Pinggang Dibuatnya!
Confirm tak cukup seketul makan nasi punten ni. Patutlah makcik aku ketagih. Katanya rugi kalau tak cuba. Memang nasi punten ni sedap sangat. Lagi-lagi bila makan nasi punten ni dengan sambal hijau yang padu. Confirm terangkatlah dibuatnya!
Punten ni memang lembut. Sebab ianya berasaskan nasi. Orang takde gigi pun boleh makan. Nak bagi dia sedap, korang kena makan punten ni dengan sambal hijau yang ada letak ikan bilis. Bila buat sendiri, rasa pedas sambal kita boleh adjust ye.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Adriana Arissa kerana sudi berkongsi resepi nasi punten viral dan sambal hujau cili padi ni kat Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!