Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Talam Ubi Kayu Yang Lemak Manis. Kuih Lembut Dan Confirm Sedap Weh!
Mood rajin nak buat kuih talam hari ni. Tapi nak try resepi talam ubi kayu yang lemak manis. Nampak sedap ye! Tak pernah lagi cuba versi ni. Biasa buat yang biasa je. Kuih talam warna hijau perisa pandan. Jom try versi guna ubi parut ni pulak.
Seperti biasa, kuih talam ni dah di kenali ramai. Ada dua lapisan yang berbeza rasa atas dan bawahnya. Untuk versi guna ubi parut ni, bahagian atas kuih berwarna putih dan menggunakan tepung, garam dan santan. Rasanya sedikit misin dan berlemak.
Manakala bahagian bawah kuih talam ni pulak menggunakan ubi kayu parut yang di masak dengan gula merah. Bila di makan, gabungan dua lapisan ini memang sedap sangat. Rasa kuih yang terhasil memang lazat. Tak cukup seketul nak makan nanti.
Bosan jugak asyik makan yang jenis pandan tu kan. Kuih talam ubi kayu ni jarang jumpa orang jual kat luar. So, kalau nak makan boleh la buat sendiri kat rumah. Bahan-bahan nak buat kuih ni pun tak banyak. Bahan wajib kena ada ubi kayu parut.
Resepi talam ubi kayu yang lemak manis ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mar Che. Ramai jugak yang suka kuih ni kan. Kat sini je dah viral hampir 2k share. Tak rugi la korang try buat kuih ni untuk minum petang nanti.
RESEPI TALAM UBI KAYU
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan kuih talam ubi kayu ni. Step penyediaannya seperti dibawah. Untuk ubi kayu, try la cari kat pasar tani atau pasar pagi nanti. Kot jumpa.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan lapisan bawah :
- 700gm ubi parut
- 300ml santan
- 250gm gula merah
Bahan lapisan atas :
- 100gm tpg beras
- 50gm tpg ubi
- 50gm tpg gandum
- 2 sudu kecik garam
- 900ml santan
CARA PENYEDIAAN TALAM UBI KAYU :
▶️ Mula-mula sediakan bahan bawah dulu. Gaul sebati dan tuang dalam loyang.
▶️ Kemudian, kukus lebih kurang 15 minit.
▶️ Pastikan loyang di lapis dengan plastik agar mudah dikeluarkan nanti.
▶️ Sambil tu buat la lapisan atas nya. Gaul sebati lepastu tuang ke atas lapisan ubi yang di kukus tadi.
▶️ Kukus lagi selama 30 minit dan sejukkan baru potong dan makan. Siap!
BACA JUGA : Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Confirm Sedap. Sampai Licin Pinggan Dibuatnya!
Simple je weh! Boleh buat tengahari ni untuk kudapan minum petang nanti. Pastikan kuih dah sejuk baru potong, takut tak cantik pulak bentuknya. Walaupun nak makan sendiri, tapi kena la hidang elok-elok kan. Tujuk kat mak mertua pun suka!
Bahagian atas kuih rasa lemak santan, bahagian bawah pulak manis. Memang perfect betul rasa kuih ni. Kuih talam ni boleh dibuat pelbagai rasanya ikut citarasa masing-masing. Ada yang guna kacang merah, ubi keledek, jagung, keladi dan jugak cendol.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mar Che kerana sudi berkongsi resepi talam ubi kayu yang lemak manis dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!