Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cucur Udang Yang Lembut Dan Gebu. Kalau Tak Letak Udang Pun Dah Cukup Sedap!

0 1,102

Bulan puasa ni, macam-macam rasa nak makan bila berbuka puasa kan. Kalau pegi bazar rambang mata tengok semua juadah. Tapi, jarang juga jumpa cucur udang macam ni. So, apa kata hari ni kita follow resepi cucur udang di sini untuk hidangan berbuka. Confirm bertambah-tambah dibuatnya!

Resepi ni sangat mudah dibuat. Teksturnya pula lembut dan gebu. Anak-anak dan orang tua pun tak sakit gigi nak makan. Kalau tak letak udang pun cucur dah cukup sedap rasanya. Boleh juga gantikan udang kepada ikan bilis kalau nak. Kot ada yang alergik.

Nak masak cucur udang ni ada tipsnya. Sebelum menggoreng, korang kena panaskan senduk terlebih dahulu supaya adunan tidak melekat pada senduk. Semua tahu kan nak buat cucur udang ni kena celup adunan guna senduk. Barulah bentuk cucur tu cantik.

Kalau nak rasa nikmat makan cucur udang, pastikan korang beli udang yang fresh. Cicah pula dengan sos cili cair. Memang sedap sangat rasanya. Biasanya cucur udang ni akan dihidang waktu petang. Memandangkan bulan puasa, boleh lah cuba buat cucur ni bila balik terawih nanti.

Korang cuma perlu follow je resepi yang dikongsikan oleh Encik Zaky Mat Ali ni. Mudah sangat nak ikut. Bahan memasak yang digunakan pun sangat simple dan mudah di dapati.

 

RESEPI CUCUR UDANG

Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Kalau dah lengkap semua bahan, boleh la cuba buat malam nanti. Nak buat masa berbuka pun best, boleh lah makan ringan-ringan dulu sebelum solat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 400 gram Gandum
  • Udang
  • Bawang Merah
  • Lobak
  • Daun Kucai
  • Tauge
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Yis

CARA PENYEDIAAN CUCUR UDANG :

▶️ Masukkan semua bahan kecuali udang ke dalam mangkuk bersama gandum.

▶️ Tambah air dan adun sebati.

▶️ Biarkan selama 30 minit.

▶️ Panaskan minyak masak. Masukkan adunan kedalam senduk bersama seekor udang dan goreng. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Tomyam Campur Ala Kedai Makan Yang Mudah Dan Sedap. Hirup Kuah Masam-Masam Pedas Lagi Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Cucur udang ni kalau jual petang-petang time hari biasa, memang laku keras. Dapat pula cucur udang yang ada cicahan sos cili padu. Confirm tiap-tiap petang beli kat kedai tu je.

Untuk makluman, Encik Zaky Mat Ali ni juga seorang yang gemar berkongsi resepi di wall Facebook milik beliau. Kalau perasan, diakhir setiap resepi yang beliau kongsikan, selalu di sertakan dengan ayat “scroll kebawah untuk banyak lagi resipi mudah”.

So, untuk semua yang suka mencuba resepi baru, dah boleh follow Facebook beliau. Terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi cucur udang ini buat kita semua. Semoga ianya bermanfaat dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open