Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Letih Berdiri Kat Dapur Tunggu Goreng Ayam Siap. Lepas Ni Pakai Deep Fryer Ni Je. Nak Goreng Apa Pun Boleh. Hasil Rangup Dan Sedap!

0 1,543

Kalau bab masak memasak ni, dapat masak dengan cepat dan mudah, lagi sukalah mak-mak nak ke dapur. Sekarang ni ada bermacam jenis alatan memasak yang banyak memudahkan kerja kita. Air fryer lah, pressure cooker lah, deep fryer lah dan macam-macam lagi!

Dari masak cara tradisional dengan tunggu depan kuali, sekarang ni dah boleh sampai tahap letak makanan, setting timer, lepas tu tinggalkan. Tunggu siap masak je. Bukan main lagi zaman moden ni. Kalau boleh semua benda ni nak ada kat dapur kita kan.

Saya nak share pasal satu periuk menarik ni yang pasti buat korang teruja! Elektrik deep fryer yang boleh guna untuk menggoreng makanan seperti ayam, kentang, meatball, seafood, frozen food dan macam-macam lagi dengan mudah dan cepat!

Malah hasilnya pun sedap, rangup dan lembut di dalam. Hampir setiap hari juga makanan macam ni wajib terhidang kat rumah kita. Lagi-lagi yang ada anak tu. Hari-hari kalau boleh mereka nak request dekat mak masakan bergoreng untuk santapan dengan nasi mahupun kudapan.

Jenuh pula mak-mak nak menghadap depan kuali lama-lama tu kan! Kalau ada elektrik deep fryer ni, bukan mak je senang, anak-anak nak masak sendiri pun tak ada masalah! Periuk ni senang je untuk digunakan dan saiznya pun comel-comel je dan tak susah untuk handle. –> https://shope.ee/7euLGULCgi

 

DEEP FRYER MINI

Nak cerita pasal deep fryer kat kedai shopee yang saya kongsikan kat link atas ni. Deep fryer ni saiz mini 2.5L yang bersesuaian untuk masakan 4-6 orang. Masak dengan kuantiti yang tak begitu banyak ni lebih mudah dan cepat. Begitu juga senang kalau anak-anak bujang kita nak gunakannya sendiri.

Walaupun saiz mini, power dan temperature nya boleh tahan untuk bermacam jenis masakan, dan buatkan masakan pun lebih cepat. Selain tu lapisan coating pun non stick buatkan proses masakan senang dan mudah dibersihkan. –> https://shope.ee/7euLGULCgi

 

APA JE BOLEH MASAK DENGAN DEEP FRYER NI?

Sebenarnya electric deep fryer ni walaupun nama je fryer, tapi bila tengok kriterianya, bukan sahaja boleh guna untuk menggoreng, malah nak steam, rebus, dan masakan lain pun boleh. Jadi mudah kalau nak buat masakan lain juga terutama kalau korang nak bawa pergi bercuti tu.

Tak ada lah kena bawa banyak-banyak jenis periuk masakan untuk lain-lain kegunaan. Yelah, tak semestinya semua nak makan makanan bergoreng je kan. Nak buat sup, rebus, steamboat pun lepas ni tak ada masalah. –> https://shope.ee/7euLGULCgi

 

ADA DISIAPKAN SEKALI FOOD BASKET

Selain tu apa yang buatkan menarik ialah food basket yang turut disediakan bagi memudahkan kerja menggoreng. Food basket ni direka siap bertangkai, jadi mudah untuk korang angkat dan tapis minyak selepas selesai masak. Minyak pun tak mudah terpercik dan kurang berlaku pembaziran.

Bukan itu sahaja, yang buatkan lagi menarik, deep fryer ni pun mempunyai penutup periuk yang transparents. Jadi korang boleh check progress masakan setiap masa. Sampai tahap mana dah masak dan dapat elakkan masakan daripada hangus. –> https://shope.ee/7euLGULCgi

BACA JUGA: Selalu Tilam Basah Sebab Anak-Anak Terkencing? Guna Je Cadar Waterproof Ni. Tak Ada Lagi Masalah Tilam Basah Dan Berbau!

 

APA KATA MEREKA YANG DAH GUNA

Produk yang saya kongsikan ni asalnya daripada China tapi dah ada ready stock di Malaysia. Kalau baca review mereka yang dah beli mereka berpuas hati dari segi kualiti barang, penghantaran dan harganya juga rasa berbaloi dengan fungsi dan saiznya. Boleh baca lagi review mereka di sini. . –> https://shope.ee/7euLGULCgi

Macam biasalah, paling seronok kalau beli barangan elektrik ni terutama alatan memasak yang berfungsi dengan baik! Suka tengok review-review ni yang menyatakan periuk cukup kepanasannya dan masakan menjadi! Sebab benda inilah nak ikutkan yang paling kita risau bila nak beli barang elektrik ni. Yang penting mudah guna dan mudah cuci dan simpan!

Wow, best bila menggoreng ni dah boleh terus angkat, tos dan hidang. Kalau tak, dulu-dulu tu menghadap depan kuali nak angkat ayam goreng satu persatu. Lepas tu terkena percikan minyak lagi. Memang naya! Ada deep fryer ni mudah kerja kita sikit.

Fuhh, memang tak rugi kalau kita ada elektrik deep fryer ni satu kat rumah. Mudah nak menggoreng, cepat, dan yang penting sedap dan masak sekata.

No more lagi dah nak goreng ayam atas kuali biasa lepas ni. Lagi pun best juga kan, sambil menggoreng ayam dalam deep fryer, sambil tu boleh masak masakan lain atas dapur. Buat kerja satu masa! Cepat selesai memasak.

So kalau korang rasa berguna sangat deep fryer ni untuk korang, bolehlah grab kat kedai saya suggest kan ni. Jangan lupa baca description produk lagi dan juga reviewnya sebelum beli! –> https://shope.ee/7euLGULCgi

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open