Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Chocolate Almond Cornflake Crunchy. Mudah, Cepat Siap Dan Cepat Habis!
Chocolate almond cornflake crunchy antara biskut paling senang di buat. Senang macam mana tu? Resepi ini tidak perlu dibakar, cuma perlu gaul bahan cornflakes bersama badam, coklat cair dan taburkan dengan hiasan dah siap.
Mudahkan! Bila dah siap, biskut akan dimasukkan dalam peti ais untuk mengeraskannya. Hanya menggunakan 5 bahan sahaja dalam penyediaannya. Boleh juga dimasukkan dalam paper cup untuk mengelakkan melekat antara satu sama lain.
Kalau rasa kuih raya anda tak cukup meriah lagi, apa kata cuba resepi chocolate almond cornflake crunchy ni. Boleh licin sebalang dibuatnya. Tak sempat nak tunggu raya tau dah habis. Bahan utamanya adalah coklat masakan, cornflakes dan badam cincang.
Sudah tentu antara penggemar setia biskut ini adalah anak-anak kita. Suka mereka bila dapat biskut coklat. Tapi tak kurang juga mereka yang dewasa, apa saja makanan yang menggunakan coklat pasti disukai ramai.
Resepi chocolate almond cornflake cruncy ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Cek Yah. Perkongsian yang teliti. Step by step cara penyediaannya beliau terangkan.
RESEPI CHOCOLATE ALMOND CORNFLAKE CRUNCHY
Biskut ini juga boleh dijadikan stok kudapan anak-anak anda dirumah. Bila-bila masa nak buat pun boleh. Tak susah, cepat dibuat dan cepat juga habisnya. Sekali cuba confirm ketagih nak buat lagi.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 300 gm choc masakan berly
- 1 bar coklat cadburry
- 300 gm badam cincang
- 200 gm baby cornflakes
- Sedikit coklat putih (hiasan)
CARA PENYEDIAAN CHOCOLATE ALMOND CORNFLAKE CRUNCHY :
▶️ Bakar atau sangai badam terlebih dahulu sehingga rangup.
▶️ Cairkan coklat masakan dan 1 bar coklat cadburry menggunakan kaedah double boil. Kalau nak guna microwave pun boleh.
▶️ Bila coklat dah cair, biarkan sejuk sedikit dalam 10-15 minit suhu bilik.
▶️ Kemudian, masukkan badam dan baby cornflakes. Gaul rata.
▶️ Sudukan atas tray. Nak masukkan dalam paper cup pun boleh. Bila dah siap masukkan dalam peti ais selama 30 minit.
▶️ Sementara tu, kita buat hiasan. Kalau tak nak buat hiasan skip je part ni.
▶️ Kemudian, celorengkan atas coklat yang dah sejuk tadi.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Mudah Masak Kari Daging Atau Gulai Darat Kelantan. Lain Macam Sedapnya. Confirm Menambah Nasi!
Hiasan akan celorengkan diatas biskut apabila bahagian biskut sudah keras. Bila dibuat sebelum ianya keras, hasilnya tak cantik. Dah siap nanti, pastikan disimpan dalam balang ye. Nanti semut yang jamah dulu.
Tak semua orang suka baking. Kalau yang kurang gemar baking, mereka lebih memilih pelbagai resepi biskut yang tak perlu dibakar dan tak renyah cara penyediaannya.
Ha! Tak suka baking kena cuba resepi ni. Mesti suka! Lepas ni dah boleh pelbagaikan biskut raya anda. Semoga resepi chocolate almond cornflake crunchy ini bermanfaat buat kita semua. Selamat memcuba!