Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Sotong Sumbat Masak Merah Yang Sedap Dan Padat. Mudah Je Nak Buat!
Ada sotong dalam peti ais? Stop! Jangalah buat sambal je memanjang. Cuba tukar buat sotong sumbat masak merah ni pulak. Dapat makan dengan nasi putih pun sedap tak terkata lah uii!
Biasanya sotong kita buat sambal masak merah, masak kicap, buat goreng kunyit atau kari. Sesekali buat lain dari kebiasaannya pun boleh kan. Apa yang penting, mestilah masakan tu satu family suka.
Seronok tau rasa bila kita semangat masak. kemudian, satu keluarga makan penuh selera. Bonus pula bila dipuji betapa sedapnya masakan kita pada hari tu. Terasa hilangkan lenguh rasa badan dan penat memasak tadi.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Uya Masbah ni kan, korang kena cuba buuat sekali dua. Ada juga yang suka makan tanpa nasi. Ratah macam tu sahaja pun boleh buat kita kenyang tau.
Jangan lupa save atau kongsikan dulu resepi ni dekat wall supaya mudah kita nak cari semula dan beri manfaat kepada orang lain yang memerlukan.
RESEPI SOTONG SUMBAT MASAK MERAH
Kalau ada anak-anak kecil pun nak makan masakan ni juga tiada masalah sebab sambalnya tidaklah sepedas biasa. Bak kata orang putih its just nice! Wajib buat ikut resepi ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 4 ekor sotong ( cabut kepala, dan bersihkan bahagian dalam )
- Bawang besar ( kisar )
- Bawang kecil ( kisar )
- Bawang putih ( kisar )
- Halia ( kisar)
- 4 biji telur
- 1 biji lada besar merah dan hijau ( hiris serong )
- 1 batang daun bawang
- 1 biji tomato
- ½ biji bawang besar ( potong dadu)
- 1 ketul kiub pati
- 5 sudu besar cili kering kisar
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam
- Serbuk Perasa
CARA PENYEDIAAN SOTONG SUMBAT MASAK MERAH :
▶ Mula-mula sekali, satukan telur, lada merah, lada hijau, daun bawang, tomato dan bawang besar dalam satu bekas. Kemudian masukkan kiub pati ayam, hancurkan.
▶ Gaul sampai kiub pati larut sekata.
▶ Panaskan sedikit minyak. Masak jadi scramble egg. Ketepikan seektika biarkan sejuk.
▶ Panaskan kuali, dan sedikit minyak. Seterusnya, masukkan bawang besar kisar, bawang kecil kisar, bawang putih kisar dan juga hlia kisar. Masak sampai naik bau.
▶ Perasakan sedikit dengan garam dan serbuk perasa.
▶ Dah naik bau, masukkan cili kering. Masak sampai cili tersebut pecah minyak.
▶ Sementara tunggu cili nak masak dan pecah minyak. Sumbat scramble egg dalam badan sotong. Sumbat sehingga padat untuk 4 ekor kesemuanya tadi.
▶ Bila dah penuh, Letakkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya dapat mengahalang isi telur tadi tidak terkeluar.
▶ Cili dah masak, masukkan sos cili dan juga sos tiram. Kacau sampai sebati. Perasakan sekali lagi sekiranya ada yang kurang.
▶ Akhir sekali, masukkan sotong yang kita dah sumbat dengan telur tadi. Jangan sekarpa kacau takut kepala sotong tercabut pula dari lidi yang gunakan tadi.
▶ Bolak balikkan sahaja sehingga masak. Bila dah masak boleh tutupkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Tauhu Sumbat Daging. Tip Kenyalkan Inti Guna Ais Jer!
Waah! Kalau macam ni lah cara nak buat sotong sumbat yang sedap dan gemuk. Memang tak susah sangatlah caranya. Bagi yang nak belajar pun mudah je nak faham cara pembuatan dia.
Nanti sesekali boleh cuba dan masukkan menu masakan sotong sumbat ni dalam list yang kita nak cuba. Nak lebih special, cuba buat ketika ada ada tetamu datang di rumah atau di rumah mak ayah kita. Saja nak bagi mereka rasa.
Saya harap perkongsian resepi sotong sumbat masak merah ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua yang baru nak mencuba. Kalau sedap, kongsikan di wall korang supaya orang lain terima manfaat yang sama. Selamat mencuba!