Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Selasih Ala-Ala Buah Naga. Nyaman Je Bila Sejuk-Sejuk Lalu Kat Tekak!

0 108

Sekali pandang macam rupa buah naga je puding selasih ni kan. Sedap dimakan sejuk-sejuk time cuaca panas. Rasa nyaman je bila lalu kat tekak nanti. Jom try buat resepi puding selasih ni. Confirm anak-anak pun suka. Berebut nak makan tau.

Sebelum ni korang buat puding perisa apa? Puding ni boleh di buat pelbagai rasa ye. Antaranya puding buah, puding roti dan puding selasih macam ni. Puding buah yang paling sedap pulak semestinya puding jagung. Ke korang suka yang lain?

Cantik warna puding selasih ni. Kalau nak warna sebijik macam buah naga pun boleh. Lebihkan je warna pink tu nanti. Rasa manis puding ni pun boleh adjust ye. Kurangkan atau lebihkan je kat bahagian gula tu nanti.

Puding selasih ni jugak di buat menggunakan acuan kuih apam. Nak masuk dalam bekas plastik kecik yang bertutup pun boleh. Senang nak simpan dalam peti nanti. Time nak makan boleh ambil sebekas untuk sejukkan tekak.

Resepi puding selasih ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Marina Miskam. Mudah sangat nak buatnya. Cuaca sekarang memang panas. Buat puding biji selasih ni memang elok. Boleh sejukkan badan nanti.

 

RESEPI PUDING SELASIH

Tanpa mamboing masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan puding selasih ala-ala buah naga ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 paket agar-agar
  • 1 tin susu cair
  • Gula ikut manis
  • 1sk pewarna pink
  • 7 sb perisa
  • Air secukupnya
  • 1 helai daun pandan

  • Selasih (rendam air biar kembang)

CARA PENYEDIAAN PUDING SELASIH :

▶️ Didihkan air. Sukat ikut plastik agar-agar tu je.

▶️ Basuh agar-agar dan masukkan dalam air yang dah didih tu.

▶️ Bila agar-agar dah cair. Masukkan gula, pewarna dan perisa. Kacau rata sampai larut gula.

▶️ Last masukkan susu cair. Tunggu mendidih dan tutup api.

▶️ Tapis agar-agarnya sebelum nak tuang dalam acuan.

▶️ Masukkan selasih dalam acuan dan tuang agar-agar.

▶️ Ulang step hingga habis dan sejukkan.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Daging Masak Kicap Paling Senang Nak Buat. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak!

 

Dah siap pun puding selasih kita. Sejukkan kejap kemudian simpan dalam peti. Dah sejuk nanti boleh la makan. Puding ni nak hidang time majlis-majlis pun sesuai. Mesti ramai ingatkan puding ni buah naga kan.

Banyak resepi puding ada kat blog ni. Tinggal pilih je mana satu yang korang nak. Puding selasih ni sedap tau. Cara penyediaannya pun tersangatlah mudah. Sekali pandang memang nampak macam buah naga. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Marina Miskam kerana sudi berkongsi resepi puding selasih yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buag kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open