Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Tomyam Campur Ala Kedai Makan Yang Mudah Dan Sedap. Hirup Kuah Masam-Masam Pedas Lagi Sedap!
Berbuka nanti, korang nak masak apa ye? Ada tak yang terasa tekak nak hirup kuah masam-masam dan pedas? Kalau ada, boleh la cuba resepi tomyam campur ala kedai makan ni. Masak tomyam sendiri kat rumah lagi puas hati tau!
Bulan puasa ni, rasa pack pula masa nak makan kat luar. Nak tunggu makanan sampai lagi, nak balik solat lagi. Tak tahu sempat ke tak pegi terawih nanti. Lain lah kalau dah buat booking siap-siap kat kedai makan tu kan. Boleh lah adjust masa.
Tapi, kalau takat nak makan tomyam campur. Lagi senang masak sendiri kat rumah. Bukannya susah pun. Follow je resepi dari Cik Puan Mastura Razali ni. Confirm terangkat dibuatnya! Makan dengan nasi putih dan telur dadar pun dah power.
Kalau nak tomyam yang korang masak tu lagi power, wajib guna pes tom yum Kung Thai brand. Memang sedap sangat pes ni tau. Yang lagi syok, pes ni juga boleh digunakan untuk masak nasi goreng dan bihun goreng. Memang sedap!
Bila guna pes ni, korang tak perlu nak masukkan cili padi lagi. Pedasnya dah cukup terasa. Yang dah biasa guna pes ni, mesti dah tak guna pes lain lagi untuk masak tomyam kan. Padu! Tapi, kalau rasa kurang pedas, nak tambah cili padi pun tak jadi masalah.
RESEPI TOMYAM CAMPUR ALA KEDAI MAKAN
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Yang ada alergik dan tak boleh makan seafood, boleh gunakan ayam sahaja dalam penyediaan tomyam ni okey.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Isi ayam / udang / sotong
- Carrot
- Bunga kubis
- Jagung muda
- Saleri
- C.sy guna cendawan enoki je
- Bawang holland
- Bawang putih
- Lengkuas
- Serai
- Daun limau purut
- Akar ketumbar
- Tomato
- Daun ketumbar
- Susu sejat
- Pes tomyam (Kung Thai Brand)
CARA PENYEDIAAN TOMYAM CAMPUR :
▶️ Mula-mula, rebus air terlebih dahulu. Kemudian, masukkan akar ketumbar.
▶️ Masukkan isi ayam dan masak sampai agak mendidih.
▶️ Kemudian, masukkan bawang-bawang, lengkuas, serai dan daun limau purut.
▶️ Masukkan pula pes tomyam. Guna 1 botol pes kecil tu. Lebih kurang dalam 4 sudu bsr.
▶️ Kemudian, masukkan sayur-sayuran. Cendawan masuk akhir sekali. Kita masukkan yang keras-keras dulu.
▶️ Perasakan dengan garam dan ajinamoto.
▶️ Seterusnya, masukkan sotong dan udang. Diikuti dengan susu cair.
▶️ Last sekali, masukkan cendawan dengan tomato. Jangan lupa juga masukkan daun ketumbar.
▶️ Kalau ada sos ikan boleh masukkan sekali. Kalau takde abaikan je. Siap!
BACA JUGA : Resepi Biskut Biscoff Lotus Crunchy. Rasa Creamy, Garing Dan Rangup Sangat!
Siap untuk dihidang! Fuh! Makan panas-panas boleh terangkat dibuatnya! Hirup pula kuah yang masam-masam pedas masa berbuka nanti. Terasa sangat nikmatnya! Yang hantu tomyam wajib cuba resepi ni. Nak makan dengan bihun pun boleh.
Sebijik rasa macam kat kedai maka ye. Kalau nak lagi sedap, kena lawan tomyam ni dengan telur dadar. Barulah rasa macam makan kat kedai makan Thai tu. Untuk pengetahuan, Cik Puan Mastura Razali juga seorang yang gemar berkongsi resepi di wall Facebooknya, Banyak juga resepi yang beliau share sebelum ni.
Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi tomyam campur ala kedai makan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!