Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Lotus Biscoff Cheesecake Paling Simple Dan Mudah!
Biskut yang dikatakan biskut kayangan ni kerap pula lalu depan mata. Ramai yang kongsikan cara nak buat lotus biscoff cheesecake yang sedap ni. Tapia de beberapa versi bila diperhatikan.
Walaubagaimanapun, jika dibuat jualan harga untuk satu bekas kek biscoff cheesecake ni boleh mencecah puluhan hingga ratusan ringgit bagi yang bersaiz 7-8 inci.
Oleh yang demikian, muncullah beberapa saiz yang digunakan supaya ianya dijual dengan lebih murah antara RM15 sehingga RM32 bagi sebuah bekas kecil.
Rasanya memang tidak dinafikan sangat sedap berikutan penggunaan bahan kek juga adalah bahan yang berkualiti dan agak mahal.
Resepi yang dikongsikan oleh Tuan Muhammad Ali dan Nazri Ahmad ini nampak lebih mudah difahami dan step by step yang diajar juga lebih jelas.
RESEPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE
Terdapat tiga layer dalam menghasilkan kek cheese lotus biscoff ni. Setiap layer mempunyai rasa yang tersendiri dan memberikan rasa mewah dalam setiap suapan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
LAPISAN CRUST :
- 25 keping biskut @ 160 gram
- 70 gram butter
LAPISAN CHEESE :
- 500 gram cream cheese
- 250 gram Spread biscoff
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 200 gram whipping cream
- 2 sudu kecil gula icing
LAPISAN TOPPING :
- 200 gram spread biscoff
CARA PENYEDIAAN LOTUS BISCOFF CHEESECAKE :
▶ Mula-mula sekali, kita akan sediakan bahagian tapak terlebih dahulu iaitu bahagian crustnya.
▶ Hancurkan biskut dan cairkan butter. Guna salted butter ianya lebih sedap rasanya.
▶ Gaulkan dua bahan ini dan masukkan ke dalam loyang. Gunakan loyang apa yang kita ada. Mampatkan, tekan supaya padat. Sejukkan dalam chiller sementara kita siapkan bahagian cream tengahnya.
▶ Untuk buat cream ada dua bahagian diperlukan. Pertama, pastikan cream cheese berada dalam suhu bilik. Pukul sekejap dalam 3-4 minit. Pukul sampai sedikit kembang
▶ Kemudian, masukkan spread dan esen vanilla. Gaulkan sampai sebati menggunakan spatula.
▶ Sementara itu, dalam bekas yang lain, pukul whipping cream dengan gula icing. Pukul sampai kental. Untuk whipping cream, pastikan berada dalam suhu sejuk.
▶ Satukan adunan cream cheese dengan whipping cream bersama. Kacau sampai sebati menggunakan spatula.
▶ Tuang atas base atau crust yang kita buat awal tadi. Dah siap, sejukkan dalam chiller selama 3 jam.
▶ Bagi lapisan terakhir atas topping pula ianya sangat simple. Cairkan spread dengan menggunakan kaedah dalama microwave, double boiling atau sebagainya. Sejukakn dulu sebelum dituang atas kek kita.
▶ Sejukkan lagi 3 jam dalam peti ais kita. Dah betul-betul keras, barulah boleh dimakan!
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Bendi Goreng Ikan Bilis Untuk Hidangan. Serious Sedap!
Bagi yang nak buat jualan juga boleh follow resepi yang saya kongsikan di atas ni. Masukkan dalam bekas yang lebih kecil supaya mudah untuk dijual.
Yang penting mudah je kan nak buat kek kayangan ni. Jarang orang nak sharekan resepi yang dia buat jualan sendiri. Oleh itu, kita doakan supaya pemilik resepi ni dimurahkan rezeki yang berpanjangan ye.
Sharekan resepi otus biscoff cheesecake di wall facebook supaya lebih ramai dapat manfaat yang sama. Dan supaya lebih mudah untuk kita rujuk bila berkesempatan nak buat kelak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!