Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Puding Biskut 3 Bahan Marvellous. 1st Time Try Buat, Tak Sangka Licin Satu Loyang!

0 3,290

Bila tiba musim PKPB ni, bermacam-macam resepi kita nak cuba. Yang viral di TikTok lah, Instagram lagi, semua nak cuba dan jadikan trend terkini termasuklah puding biskut 3 bahan ni.

Kalau sebelum ini, heboh pasal dalgona coffee, kemudian kek lotus dan sejak dari itu dah semakin banyak resepi-resepi yang ramai kongsikan untuk kita cuba waktu PKPB ni. Ini je lah masa yang sesuai yang kita stay di rumah tak buat apa-apa.

Untuk elakkan rasa bosan, kemurungan terutama yang tinggal bersendirian tu, ini adalah salah satu terapi yang kitab oleh buat. Resepi dari Cik Puan Mala Mansor ni memang sedap dan garenti jadi!

 

RESEPI PUDING BISKUT 3 BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Biskut Hup Seng 20 keping
  • Susu pekat ½ gelas
  • Telur 4 biji

CARA PENYEDIAAN PUDING BIKSUT 3 BAHAN :

▶ Rendam semua biskut dalam air suam hingga kembang. Kemudian tapis.

▶ Masukkan biskut yang dah direndam, susu dan telur ke dalam blender.

▶ Kisar semua hingga halus.

▶ Bahagi kepada dua bahagian untuk warnakan.

BACA JUGA: Cara Simple Buat Durian Crepe Yang Sedap Padu! Resepi Mudah Boleh Buat Jualan

▶ Sapu loyang dengan planta dan tepung supaya kuih tak lekat nanti.

▶ Kukus lapisan pertama 7 minit. Kemudian tambah lapisan kedua.

▶ Kukus 20 minit atau hingga masak. ITS DONE!

Mudah je kan? Rasa pun memang sedap. 1 acuan ni sekejap je habis untuk minum petang. Kalau nak buat banyak, boleh lebihkan kuantiti biskut dan bahan ye. Takut nanti buat sikit, tak cukup pulak dibuatnya.

Bahan yang saya kongsikan di atas boleh dapat 1 loyang. Sekiranya tak ramai di rumah, boleh je kurangkan kuantiti kepada ½ portion dari di atas ni.

Ini salah satu idea kalau kita dah takt ahu nak buat apa untuk minum petang. Buat dulu untuk pertama kali, kalau ramai yang suka, boleh lah jadi salah satu menu wajib kita untuk minum petang.

Kalau ada yang nak buat untuk jualan pun boleh. Modal rendah, bahan mudah nak dapat, dan rasa dia marvellous! InsyaAllah ramai yang akan suka ni.

Jadi, kepada yang baru nak mencuba buat resepi puding biskut 3 bahan ni, saya ucapkan selamat mencuba ye! Sekali buat je, garenti jadi!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open