Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pizza Mudah Tanpa Doh. Buat Kat Rumah Lagi Puas Hati Nak Makan!
Yang suka makan pizza ni resepi untuk korang. Boleh buat pizza homemade dah lepas ni. Lagi jimat dari makan kat luar. Jom follow resepi pizza mudah tanpa doh ni. Anak-anak mesti happy dapat makan pizza ni kat rumah nanti.
Campur-campur, kacau-kacau dah siap! Resepi pizza yang mudah dan ringkas. Paling best dah tak perlu buat doh lagi untuk sediakan base pizza. Nak tahu kita guna apa, kena baca resepi ni dulu.
Nak selit sikit isu Palestine yang sangat menyayat hati aku. Sampaikan tak sanggup nak makan kat restoran-restoran yang tersenarai boikot. Kita tak mampu bantu saudara kita kat sana. Apa yang kita boleh buat adalah bagi kesedaran, berdoa dah boikot.
Syukur dah ramai yang sedar. Jangan kita pertikaikan usaha orang yang nak boikot ye. Tak dapat makan pizza lagi takpe. Kita boleh je buat sendiri kat rumah. Sambil tu boleh la asal skil memasak. Betul tak?
Resepi pizza mudah tanpa doh ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Julia ALeen Aireish. Resepi ni asalnya terhasil masa PKP. Maklumlah semua dah tak boleh keluar rumah.
RESEPI PIZZA MUDAH TANPA DOH
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan pizza mudah tanpa doh ni. Step penyediaan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 12 keping roti loaf (roti gardenia) – dipotong kiub
- 5 batang sosej – potong bulat nipis
- 1 biji bawang holland
- 1 biji cili besar merah – potong dadu kecil
- 1 biji cili besar hijau – potong dadu kecil
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil tumix/serbuk maggi cukup rasa
- Lada putih
- Lada hitam berperisa
- Cheddar cheese / slice cheese / parmesan cheese
CARA PENYEDIAAN PIZZA MUDAH TANPA DOH :
▶️ Dalam bekas, pecahkan telur dan campurkan dengan tumix kocok sebati.
▶️ Masukkan roti yang dipotong kiub ke dalam telur dan kacau sekata hingga telur merata.
▶️ Sediakan loyang/pan pizza yang disapu mentega/minyak. Letak roti dan tabur di atasnya bawang holland, cili besar merah & hijau serta sosej. Letak jugak secara random sedikit lada putih & lada hitam berperisa.
▶️ Panaskan oven terlebih dahulu, kemudian bakar 15 minit suhu 160 atau hingga masak. Ikut kesesuaian oven masing-masing.
▶️ Keluarkan loyang dari oven dan letak cheese di atas pizza. Kemudian, masukkan semula ke dalam oven guna api atas sahaja. Cukup sekadar cheese mencair.
▶️ Siap sedia dinikmati dan kalau suka boleh letak cili sos dan mayonis.
BACA JUGA : Resepi Singgang Daging Kelantan Yang Mudah Dam Sedap. Confirm Tak Muak Makan!
Laaa, guna roti gardenia je. Patut la tak payah nak doh lagi. If ada bahan-bahan memasak yang boikot dalam resepi ni korang boleh je ganti dengan brand pengganti yang lain. Takde masalah. Yang penting hati masing-masing dah tekad nak boikot.
Take note ye, tak guna oven pun boleh. Hanya guna non-stick pan masak di atas api. Caranya, roti yang dicampur dengan telur tu dimasak seperti kita dadar telur. Kemudian, tabur di atasnya bahan-bahan lain.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Julia ALeen Aireish kerana sudi berkongsi resepi pizza mudah tanpa doh ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.