Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Singgang Daging Kelantan Yang Mudah Dam Sedap. Confirm Tak Muak Makan!

0 65

Masak singgang ikan memang sedap. Cara penyediaannya pun tersangatlah mudah. Tapi hari ni kita tak masak singgang ikan ye. Kita try resepi singgang daging Kelantan ni. Nampak sangat menyelerakan. 

Aku ni asal dari Sabah. So, masak singgang yang biasanya aku makan adalah singgang ikan. Tu pun dari member orang Pantai Timur jugak. Tapi tak pernah lagi makan singgang daging ni. 

Rupanya nak masak singgang ni bukan hanya menggunakan ikan. Kita boleh je gantikan dengan daging. Orang kata makan singgang ni tak muak macam kita masak sup tau. Korang pun rasa macam tu ke? 

Resepi singgang daging Kelantan ni telah kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Yati Nurhayati. Nampak mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. 

Makan singgang ni dengan nasi putih panas-panas confirm terangkat dibuatnya. Nak daging lembut, korang boleh masak dulu dalam pressure cooker. Tapi tips masak daging guna rice cooker pun menjadi ye. Daging lembut elok je.

 

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN  

Tak sabar nak belajar masak singgang daging Kelantan ni. Kot dah bosan masak singgang ikan boleh la ganti singgang daging ni pulak. Bahan-bahan dan step memasak seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Daging 500g
  • 4 biji bawang merah (dimayang)
  • Lengkuas dan halia (potong halus memanjang)
  • 2-3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 tangkai cili kering (tumbuk tapi kalau taknak merah boleh skip)
  • 2 sudu ketumbar (ditumbuk)

CARA PENYEDIAAN SINGGANG DAGING KELANTAN : 

▶️ Gaul semua bahan dengan daging tanpa air. Masak sekejap guna api slow untuk bagi air dalam daging kering dan bahan-bahan resap ke dalam daging.

▶️ Kemudian, baru masukkan air. Masak daging hingga empuk.

▶️ Masukkan serbuk perasa, gula, garam dan asam keping 2-3 keping macam tu. Masukkan adam bila singgang dah hampir masak.

▶️ Dah empuk dan cukup rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA : Resepi Pisang Custard Cheese Yang Lemak Masin. Siap Ada Cheddar Cheese Lagi!

 

Okey ni tips nak masak singgang daging yang korang kena tahu. Garam dan asam keping tak di masukkan awal untuk elak daging liat. Boleh jugak jadi singgag korang terlebih masam. Spoil pulak bila nak makan nanti kan. 

Masak singgang sesuai dihidangan makan malam. Lagi-lagi bila hujan dan badan rasa sejuk. Boleh la panaskan badan dengan hirup kuah singgang ni. Confirm licin pinggan dibuatnya. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Yati Nurhayati kerana sudi berkongsi resepi singgang daging Kelantan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open