Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Tomyam Ala Black Canyon Yang Simple Dan Sedap. Confirm Jatuh Cinta Dibuatnya!
Tercari-cari resepi tomyam ala black canyon? Ha! Jom ikuti perkongsiannya disini. Ramai sangat orang yang dah jatuh cinta dengan tomyam nya. Dah PKP tak dapatlah nak makan kat restoran tu lagi. Apa kata follow resepinya disini dan buat sendiri.
Tomyam black canyon antara menu yang sangat sedap dan disukai ramai. Restoran black canyon ini ada di mall besar seperti IOI Mall, Alamanda dan Aeon Mall. Tapi dengan perkongsian resepi hari ini, anda boleh menghasilkannya secara homemade.
Seperti yang kita tahu, tomyam merupakan masakan yang berasal dari negara jiran iaitu Thailand. Walaupun dari negara jiran, tapi di Malaysia sudah banyak kedai yang menjual masakkan thai. Dan rata-rata ramai pengunjungnya.
Kepada mereka yang dah rindu nak makan tomyam di black canyon, apa kata kita ikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Nur Izzati Maulat Ismail ini confirm anda puas hati. Nak masak bila-bila masa pun boleh.
Tak boleh keluar rumah ye sekarang ni. Kalau tak kita yang bertegas dengan diri kita untuk melawan penularan covid-19, siapa lagi kan. Kita mesti menang! Kalau kita dah bebas dari covid-19, tak payah kata ke black canyon, luar negara pun kita boleh pegi.
RESEPI TOMYAM ALA BLACK CANYON
Banyak sangat dah cakap tu. Apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan tomyam ala black conyon ini. Dijamin simple je cara penyediaanya dan hasilnya juga sangat sedap!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kisar A :
- 5 biji cili melaka
- 1 Bawang merah/ besar
- 1 Bawang putih
- 1 sb Paste chili Thai
Bahan kisar B :
- 2 biji Tomato
- Air untuk kuah
*Kisar sekali untuk pekatkan kuah
Bahan lain :
- 1 sb Paste tomyam
- Serai Ketuk
- Daun Limau
- Susu Pekat
- Daun Ketumbar
- Cendawan Inoki
CARA PENYEDIAAN TOM YAM ALA BLACK CANYON :
▶️ Blend bahan A semuanya sekali. Tumis dengan minyak sampai naik bau.
▶️ Masukkan ayam, serai, daun limau, akar ketumbar, dengan paste tomyam. Tumis sikit lagi sampai keluar air ayam.
▶️ Kemudian, masukkan bahan B atau air yang telah dikisar dengan tomato. Tujuannya untuk pekatkan lagi kuah.
▶️ Last sekali, bila dah mendidih baru masukkan susu pekat 1 sudu besar dan cendawan inoki. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Resepi Cream Puff Inti Kastard Yang Gebu, Gemok Dan Sedap. Meleleh Kat Mulut Kastardnya!
Mudahkan! Mesti ada antara anda semua baru tahu rahsia memekatkan lagi kuah tomyam kan. Yang mana air untuk kuah akan dikisar dengan tomato. Ditambah pula dengan susu pekat tadi memang lengkap dan sedap tomyam kita.
Tomyam ala black canyon memang menggunakan cendawan inoki. Jadi nak dapat yang sama tu jangan lupa beli cendawan inoki ye. Makan dan hirup panas-panas kuahnya boleh terangkat dibuatnya.
Jangan lupa juga 2 pes yang wajib ada iaitu pes cili thai dan pes tomyam. Barulah hasilnya padu. Semoga resepi tomyam ala black canyon ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!