Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Korean Pancake Atau Pajeon Halal Yang Lembut, Wangi Dan Sedap. Cicah Dengan Sos Kicap Lagi Power!
Siapa sini gemar sangat dengan makanan Korea? Boleh cuba lempeng Korea ni sebab resepinya nampak menarik. Korean pancake atau juga dikenali sebagai pajeon ini mempunyai tekstur yang lembut dan sangat sedap dicicah dengan sos kicap.
Lain dari yang lain pula pancake ni. Jangan risau halal. Biasanya lempeng akan dimakan dengan sambal, pemanis seperti jem, coklat cair, madu dan macam-macam lagi jenis manisan. Tapi kali ini, lempeng atau pancake akan dimakan dengan sos kicap.
Bahan memasaknya juga mudah diperolehi. Resipi asal di Korea banyak menggunakan daun bawang tapi hasil kajian mendapati sesetengah rakyat Malaysia yang sudah mencuba resipi ini, mereka syorkan guna kucai sebagai ganti kepada daun bawang.
Mungkin lebih sinonim dengan citarasa lagipun bau kucai selepas masak tu wangi sangat. Nak masak pancake ni kena sikit-sikit. Tak macam kita buat lempeng, semua masuk terus dalam kuali. Lain tempat lain caranya kan. Kita belajar je dulu.
Rasanya yang lembut, wangi dan sedap pasti memikat hati anda. Cicah dengan sos kicap tu, lagi power. Resipi pajeon halal ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Novelis Afieyza Isahak.
RESEPI KOREAN PANCAKE
Sesekali nak feeling duduk korea apa salahnya kan. Janji makanan yang kita cuba tu halal dan tak menggunakan bahan yang dikuatiri. Nampak mewah daripada gambar yang telah dikongsikan. Jom cuba!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan adunan :
- 1 cawan penuh tepung gandum
- 2 sudu penuh tepung jagung
- 1 cawan air kosong
- Sedikit garam dan gula
- 1/2 sudu soda bikarbonat
- Cili merah
- Lobak merah
- Kucai (kerat agak pendek tapi di Korea mereka tak kerat)
- Udang (dicincang)
- Sekeping keju (dicarik-carik)
- Telur sebutir (dipukul)
Bahan sos :
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 4 sudu air kosong
- 3 sudu kicap
- 1/2 sudu serbuk lada hitam
- 1/2 sudu minyak bijan
- 1 sudu cuka
- 2 tangkai cili kering (dihiris halus)
- 1/2 sudu gula
- 1/2 bijan
*Campurkan semua bahan sampai sebati. Siap
CARA PENYEDIAAN KOREAN PANCAKE :
▶️ Satukan tepung gandum, tepung jagung, air, gula, keju dan garam. Bahagi adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian lebih, satu lagi kurangkan.
▶️ Masukkan kucai ke dalam bekas adunan yang lebih. Gaul rata.
▶️ Panaskan kuali, tuang adunan kucai bagi rata dan nipis. Api sentiasa perlahan.
▶️ Dalam dua minit, tabur hirisan lobak merah. Kemudian, selepas dua minit lagi, tuang pula 3 sudu adunan yang kurang tadi di seluruh permukaan.
▶️ Tambahkan udang dan tuang telur. Tabur hirisan cili merah dan sedikit lagi hirisan kucai. Tutup kuali.
▶️ Boleh terbalikkan apabila bahagian bawah sudah masak dan garing. Tunggu sebelah lagi masak dengan cantik, boleh tutup api.
▶️ Angkat, potongkan dan hidang bersama sos kicap yang dibuat tadi.
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Tomyam Ala Black Canyon Yang Simple Dan Sedap. Confirm Jatuh Cinta Dibuatnya!
Siap! Sekali pandang ala-ala telur dadar pun ada. Pajeon ini ada pelbagai versi. Ada yang menggunakan tepung pancake, ada yang menggunakan telur. Tapi untuk anda yang baru nak mencuba, boleh follow resepi ini dulu.
Bila buat sendiri, terjamin bersih dan kita boleh makan tanpa rasa ragu. Sebab kita tahu bahan memasak yang digunakan. Sesetangah orang tak berani nak mencuba masakan dari negara luar. Takut tak halal katanya. Tapi, tak semua.
Dengan resepi yang dikongsikan ini, anda mesti yakin bahan memasak yang digunakan untuk menghasilkan pajeon ini semuanya halal. Semoga resepi korean pancake ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!