Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Hidangkan Kentang Goreng Homemade. Tak Sangka Semudah ABC Sahaja!
Bila terasa nak makan western tu, mula lah nak cari pelbagai hidangan ala Barat. Chicken chop lah, chicken grill, bees steak lah. Dari makanan berat sampailah kepada yang ringan seperti kentang goreng homemade ni, salad, coleslaw dan sebagainya.
Menariknya, kebanyakan makanan yang saya sebutkan tadi semua boleh buat sendiri dari dapur rumah kita je tau. Boleh klik tab western dekat bahagian atas tu ye.
Dalam perkongsian kali ni, saya nak resepi daripada pemilik facebook Takdir Irwani. Beliau kongsikan macam mana cara nak hasilkan kentang goreng yang sedap, rangup dan tidak cepat lembik.
Sebenarnya ad acara dan tip yang ramai orang tak tahu macam mana nak hasilkan kentang goreng yang kekal rangup walaupun dah sejuk.
Siapa suka kan makan kentang goreng yang lembik dan cepat meresap dengan minyak menyebabkan ianya muak dimakan.
RESEPI KENTANG GORENG HOMEMADE
Lepas ni dah tahu cara hasilkan kentang goreng homemade yang rangup ni, senang kerja. Dapat buat kentang yang sedap dan tak lembik
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 biji kentang
- Garam
- 4 bawang putih ( lenyek)
- Air sejuk
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung beras
- Serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk kari
CARA PENYEDIAAN KENTANG GORENG HOMEMADE :
▶ Mula-mula sekali, kupas kentang dan potong kentang memanjang.
▶ Rendam dengan air garam selama 15 minit. Pastikan semua kentang terendam elok.
▶ Kemudian, rebus sekejap selama 5 minit bersama dengan 1 sudu besar garam dan juga bawang putih yang dilenyek
▶ Seterusnya, angkagt dari rebusan dan terus rendamkan dalam air sejuk selama 10 minit.
▶ Cukup masa 10 minit, sediakan dalam 1 bekas ni. Satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam dan juga serbuk kari.
▶ Gaulkan sekata dan masukkan kentang tadi.
▶ Goreng dalam api yang sederhana besar. Bila dah kekuningan, maksudnya sudah boleh dihidangkan.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Mudah Buat Sardin Homemade. Rasa Sama Macam Sardin Tin!
Ada banyak step rupanya untuk pastikan kentang kita rangup dan sedap. Yang penting kekal rangup walaupun sudah sejuk.
Tip yang rendam dalam air sejuk selepas ianya ditoskan dari rebusan betul-betul baru bagi saya. Patutlah selama ini buat cepat sahaja tak rangup atau lunyai. Tersilap Teknik rupanya.
Simpan dulu resepi kentang goreng homemade ni dan sharekan di wall facebook masing-masing ye. Mana tahu ada yang berguna kelak. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua yang nak mencuba!