Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sup Siam Kaw. Resepi Mudah Rasa Macam Kedai!
Antara makanan atau masakan Siam yang paling saya suka ialah Sup Siam Kaw. Bukan senang nak dapat dekat Kawasan kita ni. Kena pandai cari tempat yang betul. Kalau tidak, rasanya seperti sup biasa sahaja.
Nak cari sup siam Kaw ni biasanya banyak di negeri Kelantan atau negeri lain yang pemiliknya adalah orang Thailand. Mereka akan mengekalkan masakan Thailand tu sendiri dalam setiap hidangan.
Lagi seronok bila orang Malaysia dan Thailand tekak dan seleranya sama sahaja. Boleh telan makanan masing-masing dan siap bertambah nasi dibuatnya.
Dapat makan sup siam kaw ni, hidangkan sekali bersama dengan telur dadar dan juga sambal pedas kicap. Cukup dengan 3 lauk ni dah boleh buat korang makan tak pandang kiri kanan.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Intan Norafida ni, boleh korang nak buat dan cuba sekali sekala. Nak buat hari-hari risau jemu pula orang dekat rumah kan.
RESEPI SUP SIAM KAW
Sup siam kaw atau sup siam ala Thailand adalah makanan yang sama sahaja cuma nama sahaja berbeza mengikut tempat. Yang mana belum pernah rasa, sekali korang cuba confirm akan suka!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Tulang lembu
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 3 biji bawang besar ( saiz sederhana)
- 8 ulas bawang putih
- 2 hiris lengkuas
- 10 biji cili api
- 1 paket sup bunjut bersama 4 sekawan
- 1 biji tomato
- 1 biji limau nipis
- Sos ikan
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN SUP SIAM KAW :
▶ Mula-mula sekali, tumbuk bawang putih dengan halia sehingga lumat.
▶ Kemudian, panaskan minyak. Tumis sampai naik bau dan bertukar warna kekuningan.
▶ Seterusnya, masukkan sup bujut dan 4 sekawan. Tumis sampai wangi.
▶ Masukkan air, dan juga tulang. Pastikan air tinggi dari pada tulang.
▶ Masukkan sekali bahan lain seperti lengkuas, tomato, bawang besar dan jugak cili api.
▶ Perahkan asam limau supaya rasa sekata dalam periuk.
▶ Akhir sekali, perasakan dengan sos ikan dan garam.
▶ Biarkan isi masak sampai empuk.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan,
BACA JUGA: Cara Hidangkan Kentang Goreng Homemade. Tak Sangka Semudah ABC Sahaja!
Sedapnya kalau dapat hirup sup panas ketika musim sejuk. Sup ini juga bagus dalam merawat dan mencergaskan Kembali minda dan tubuh badan kita.
Biasanya sup siam kaw ni kita makan pedas-pedas. Sebab itulah ada yang sediakan sambal kicap pedas atau pedaskan sup siap-siap.
Sharekan resepi ini di wall masing-masing supaya dapat kongsikan manfaat ini kepada orang ramai. Mudah juga nanti kita nak rujuk bila berkelapangan. Selamat mencuba!