Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Rahsia Pes Perapan Yang Confirm Buat Anda Menjilat Jari. Nak Perap Apa Pun Sedap!
Nak cuba resepi pes perapan yang confirm buat anda menjilat jari? Di sini ada rahsianya. Rahsia pes perapan ini sangat simple tapi telah diakui sedap oleh orang ramai yang telah mencubanya pada ayam dan daging.
Pes perapan ini boleh digunaakan untuk memerap daging dan juga ayam bakar. Sifat perapan ini pun sama, semakin lama daging diperap semakin sedaplah hasil daging yang dibakar nanti.
Bahan yang digunakan juga cuma perlu menggunakan bahan asas memasak yang ada didapur anda. Seperti bawang, halia, serai, serbuk kunyit dan macam-macam lagi. Cuma anda perlu pilih, nak gunakan pes perapan ni untuk perap daging ke ayam.
Apa-apa pun boleh. Aromanya masa nak bakar nanti rasa tak sabar nak makan. Tak toleh kiri kanan tau. Sangat mudah dan dijamin anda akan mencubanya lagi. Pelbagai jenis bahan perapan yang kita boleh cuba, tapi lain cara lainlah rasanya.
Apa kata anda semua mencuba rahsia pes perapan yang dikongsikan oleh Cik Puan Iza Abu Bakar ini. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook buat mereka pengguna media sosial.
RESEPI RAHSIA PES PERAPAN
Ok, dah boleh take note apa bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana pula cara penyediaannya. Ramai juga yang share resepi ini difacebook hampir 1.4K share. Yang belum cuba jom kita tengok resepinya disini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kisar :
- 2″ Lengkuas
- 3″ Halia
- 6 ulas Bawang putih
- 5 ulas Bawang merah
- 4 labu Bawang besar
- 3 batang Serai
- 2 cawan Gula perang/ brown sugar
- 6 biji Limau kasturi (diperah dan diambil airnya)
- 3 sudu besar Serbuk rempah sup
- 2 sudu besar Serbuk kunyit
Bahan lain :
- Garam secukup rasa
- Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
CARA PENYEDIAAN RAHSIA PES PERAPAN :
▶️ Kisar semua bahan dengan serbuk kunyit, rempah sup dan gula perang. Selepas selesai kisar bahan, masukkan garam secukup rasa. Kacau rata.
▶️ Kemudian, perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
BACA JUGA: Resepi Korean Pancake Atau Pajeon Halal Yang Lembut, Wangi Dan Sedap. Cicah Dengan Sos Kicap Lagi Power!
Siap! Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer. Kalau anda suka, boleh letakkan penambah rasa tapi jangan terlalu banyak, secukup rasa je ok. Tak sabar nak rasa hasilnya nanti kan.
Yang dah rasa bosan duduk rumah dan nak buat BBQ dihalaman rumah, apa kata selit dan guna resepi ini. Cuba dulu baru tahu kan. Sebab respond orang ramai yang mencubanya, diakui sedap pes perapan ni.
Beliau juga izinkan pada mereka yang nak share resepi ini. Semoga resepi rahsia pes perapan ini dapat membantu anda yang nak berBBQ dan bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!