Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Nak Ubah Suai Perabot Lama? Pakai Sticker Marble Ni Je! Terus Nampak Seperti Baru Dan Mahal.

0 1,232

Menarik tengok sticker marble ni! Tahu tak sebenarnya perabot lama, meja atau kabinet korang tu boleh di ‘upgrade’ jadi berwajah baru. Kadang-kadang ada perabot lama di rumah yang masih elok dan sayang untuk dibuang.

Bukan apa, perabot ni juga ada sentimental value nya. Dah beli berpuluh tahun dari semenjak kawin atau baru pindah rumah, makin lama mesti makin kelihatan agak lusuh. Tapi kalau ianya masih boleh digunakan, kenapa nak buang kan. Rasa sayang dan berlaku pembaziran!

Oleh itu apa lagi, korang ubah suai je perabot lama ni dengan sticker marble yang boleh buatkan perabot korang cantik dan seperti baru. Sekali pandang tak perasan pun ianya perabot lama! Contohnya macam ni –> https://shope.ee/3fOyKBnKOu

Kita ramai tahu, yang corak marble ni memang nampak agak eksklusif. Yelah, sama macam kita pasang marble di kabinet, dinding dan lantai, ciri-cirinya yang glossy dan shining tu jadikan ianya nampak menonjol dan mewah! Kali ni bayangkan pula corak marble ni ada pada perabot dan kabinet korang!

Tak perlu nak cat, kikis atau nak berbagai-bagai dengan perabot lama, apa yang menariknya sticker marble ni ialah korang boleh terus pasang je. Belakang sticker memang dah sedia ada gamnya yang kuat. Bukan je cantik, malah mudah dan cepat pula kerja kita.

 

 

STICKER MARBLE WATERPROOF

Paling seronok kalau meja kita ni mudah untuk dicuci dan dilap. Nak-nak pula kalau meja makan. Untuk sticker marble ni materialnya ialah PVC dan kalis air! Jadi amat sesuai sangat kalau korang pasang pada meja makan. Malah nak pasang di kabinet dapur dan sinki pun boleh!

Sebenarnya ciri-ciri sticker marble yang waterproof ni antara yang penting sekali. Sebab kalau sticker yang tak kalis air, bila mana kita kerap lap takut makin lama makin lusuh pula. Tapi untuk yang kalis air ni mungkin jangka hayatnya boleh lebih lama bertahan walau kerap dilap dan dicuci. Tak perlulah kita nak tukar selalu kan!

 

TERUS PERABOT NAMPAK MAHAL

Siapa je yang tak suka corak marble ni, betul tak? Dari jauh dan nampak shining. Kalau pakai pula warna yang menonjol lagi menarik perhatian kita. Silap-silap tetamu masuk rumah terus tegur kat mana kita beli perabot marble ni.

Korang tengoklah sendiri perbezaan meja dan perabot mereka yang dah pasang sticker marble ni. Nampak sungguh perubahannya. Dari biasa-biasa terus nampak mahal! Selain pasangkan pada meja dan perabot, boleh juga dipasang pada kabinet dapur tak kira kabinet kayu atau batu.

Ada banyak pilihan corak sticker marble korang boleh pilih dari kedai ni. Kalau suka yang sedondon, alang-alang tu pasangkan pada meja makan dan kabinet dapur dengan corak yang sama. Sedap mata kita memandangnya!  Banyak lagi pilihan corak yang ada kat sini–> https://shope.ee/3fOyKBnKOu

 

PASANG PUN SENANG

Nak pasang sticker marble ni tidaklah sesusah mana. Ini kerana sticker ni dah siap dengan gamnya yang kuat di belakang. Tak perlu lagi dah korang nak guna gam lain. Hanya perlu cabut je kertas di belakang.

Cuma kesusahannya tu mengikut jenis perabot yang korang nak pasang. Kalau banyak permukaan rata seperti meja makan dan kabinet dapur, mungkin mudah sikit lah berbanding korang pasang pada perabot yang banyak bucu. Semuanya bergantung pada permukaan. Lagi banyak yang rata lagi senang!

 

 

BACA JUGA: Pakai Kitchen Mat Waterproof Dan Oilproof Ni, Tak Ada Lagi Lantai Dapur Licin Berminyak!

APA KATA MEREKA YANG DAH PASANG

Sticker marble ni ada banyak penjual di shopee sebenarnya. Bila banyak penjual kita pun jadi keliru mana kedai yang bagus dari segi kualiti dan harga. Nak-nak pula barang melibatkan dekorasi ni. Biasanya sticker ni bergantung pada kualiti ketebalan, ketahanannya dan corak yang pelbagai.

Kedai yang saya kongsikan ni bukanlah antara yang ada ramai pembeli sampai beribu-ribu macam kedai lain, tapi rata-rata yang dah beli berpuas hati dengan sticker yang mereka terima. Nak baca lebih banyak review, korang boleh klik sini–> https://shope.ee/3fOyKBnKOu

 

Seronok tengok feedback pembeli ni yang kata perabotnya dari lama terus nampak baru! Katanya pula lagi harga berpatutan.  Apa yang menarik perhatian warna yang dia beli ni pun nampak menarik juga kan! Warna yang gelap betul-betul nampak elegant walaupun tak terlampu menonjol seperti warna terang.

Untuk sticker marble ni ukurannya ialah 5Mx60cm segulung. Ada yang guna segulung pun dah cukup untuk meja dan almari mereka mengikut saiz masing-masing! Nanti korang jangan lupa ukur dulu perabot korang ya, supaya nanti mudah nak buat pembelian. Takut nanti berlaku pembaziran pula.

Menarik kan tengok sticker marble ni! Kalau korang tengah dalam perancangan nak dekorasi meja lama tu, bolehlah pasang sticker marble ni je. Tak payah nak pening-pening mengecat bagai. Tengok je sini–> https://shope.ee/3fOyKBnKOu

Mungkin untuk hari raya ni korang pun nak ubah suai citarasa warna perabot, bolehlah masukkan dalam list projek raya korang. Tak payah tunggu perabot lama nak di make over. Nak tukar citarasa pun boleh juga. Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open